“…Selanjutnya apabila tekanan dan beban keluarga lantaran daripada ketidakcekapan mereka menjalankan penjagaan menjadikan efikasi kendiri dan penghargaan kendiri yang keluarga tersebut milikki menjadi rendah (Carlander, Sahlberg-Blom, Hellstrom & Ternestedt, 2011;Kim, Baker, & Spillers, 2007). Kajian literatur menunjukkan bahawa pengalaman keluarga dalam penjagaan pesakit kanser dapat dikategorikan kepada empat aspek iaitu beban dalam penjagaan (Kahriman & Zaybak, 2014;Rha, Park, Song, Lee, & Lee, 2015), efikasi kendiri (Bisschop, Kriegsman, Beekman, & Deeg, 2004;Campbell et al, 2004;Kershaw et al, 2008;Yeung & Lu, 2014), tekanan (Juarez et al, 2008;Soylu, Ozaslan, Karaca, & Ozkan, 2015) dan penghargaan kendiri (Moreira, Sousa, Poveda, & Turrini, 2015).…”