This review aims to present an overview of current research findings on the possible effects of circadian rhythm (CR) disruption towards metabolic stress and mental health. CR can be described as an internal biological clock that regulates our body functions, based on our sleep/wake cycle. Any time that our normal 24-hour circadian rhythm is altered or interrupted, it will have physiological and psychological impacts. However, in today's demanding working world, most of us are working defying the normal conditions without realising the significant drawbacks of it. Therefore, this review summarises the findings from several researches on the physiological (metabolic stress) and psychological (cognitive functioning and mental health) impacts of the CR disruption in order to assist people to have a holistic view on the effects of CR to our mind and body. Evidences that linked these aspects to health circumstances of shift workers have also been highlighted.ABSTRAK Tinjauan ini bertujuan untuk menunjukkan gambaran keseluruhan penemuan penyelidikan semasa mengenai kesan gangguan ritma sirkadian (RS) terhadap stres metabolik dan kesihatan mental. Ritma sirkadian (RS) didefinisikan sebagai jam biologi dalaman yang mengawal fungsi badan kita berdasarkan kitaran tidur/jaga kita. Jika RS 24-jam kita yang biasa terganggu, ia akan memberi kesan kepada sistem fisiologi dan psikologi kita. Walau bagaimanapun, dalam era globalisasi ini, kebanyakan individu bekerja pada luar waktu normal tanpa menyedari kesan buruknya. Oleh itu, tinjauan ini merumuskan penemuan daripada beberapa kajian mengenai kesan gangguan RS terhadap sistem fisiologi (stres metabolik) dan psikologi (fungsi kognitif dan kesihatan mental) kita agar dapat membantu masyarakat kita untuk mempunyai pandangan holistik terhadap kesan RS ke atas minda dan badan kita. Kesimpulan yang menghubungkan aspek-aspek ini dengan keadaan kesihatan pekerja syif juga telah dibincangkan.