Industrial training is one of the programs implemented by Polytechnics to expose students to the real concept of working environment. In industrial training, students will acquire certain skills that are relevant to the field being taken. Therefore, this study was conducted to assess the contribution of industrial training to the improvement of the students' skills in Polytechnic. In addition, this study also wants to identify the scope of work provided by the industry and career opportunities after completing the training. A total of 506 respondents from Polytechnic Muadzam Shah, Pahang training students for the December 2017 session were selected for this study. Data were analyzed descriptively using SPSS software. The results showed that the respondents' responses to the skills exposed by the industry were very encouraging. All the measured skills showed a mean score of more than 4.0. For the percentage level of the scope of work, more than 50 per cent of the respondents get a scope of work that satisfies the needs and skills of their field of study. Similarly, career opportunities after completion of industrial training show that more than half of respondents get the opportunity. Overall, industrial training has been able to improve the future skills and opportunities of the students.
Abstrak
Latihan industri merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Politeknik untuk mendedahkan kepada pelajar dengan konsep sebenar alam pekerjaan. Dalam latihan industri, para pelajar akan memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dengan bidang yang diambil. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk menilai sumbangan latihan industri terhadap peningkatan kemahiran pelajar-pelajar di Politeknik. Di samping itu, kajian ini ini juga ingin mengenalpasti tahap skop kerja yang diberikan oleh pihak industri dan peluang kerjaya selepas tamat latihan tersebut. Seramai 506 responden yang terdiri daripada pelajar latihan industri Politeknik Muadzam Shah, Pahang bagi sesi Disember 2017 dipilih bagi kajian ini. Data dianalisis secara diskriptif menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian menunjukkan maklumbalas responden terhadap kemahiran yang di dedahkan oleh pihak industri amat memberangsangkan. Semua kemahiran yang diukur menunjukkan skor min melebihi 4.0. Bagi tahap peratusan skop kerja pula, lebih daripada 50 peratus daripada responden mendapat skop kerja yang memenuhi keperluan dan kemahiran bidang pengajian mereka. Begitu juga dengan kadar peluang kerjaya selepas tamat latihan industri yang menunjukkan lebih daripada separuh responden mendapat peluang tersebut. Secara keseluruhanya, latihan industri yang dijalankan telah dapat meningkatkan kemahiran dan peluang pelajar dimasa hadapan.