“…Tetapi, peramalan menggunakan pendekatan kalut memberikan hasil peramalan yang lebih cemerlang berbanding kaedah ANN (Kumar et al, 2019). Pelbagai kajian telah dilaksanakan dengan mengaplikasikan pendekatan kalut terhadap data siri masa hidrologi di luar negara dan di Malaysia antaranya adalah aliran sungai (Ghorbani et al, 2018;Adenan & Noorani, 2016), aras air pantai (Wang & Babovic, 2014), aras air tasik (Shiri et al, 2016), aras air sungai (Mashuri et al, 2019) dan hujan (Chettih et al, 2015).…”