Countless abortions, coerced adoptions, and new-born abandonment due to their illegitimate status are still happening in this country albeit the majority of Malaysian population is Muslim. With limited time and source of information, out of wedlock pregnancy resolutions are often made in haste and not necessarily weighed thoughtfully. In the attempt to curb this phenomenon, the reasonable preventive measure is religious teachings. However, instead of following the prescribed as mentioned in Quran and Sunnah, many base their strategies on common logic and cultural beliefs, which after so long, became the credence they hold on to. Islamic teachings are confused with culture, resulting skepticism and erroneous conclusions. Using library research methodology, this paper explores religious fallacies related to illegitimate children’s phenomena that impacted pregnancy resolution among Malay Muslim women in Malaysia. The research concludes these religious fallacies stemmed from systemic bias towards unmarried pregnancy women and their children, contrary to the actual Islam teaching that embraces repentance and holds no one accountable of their past as long as they are truly remorseful. It is evident these misconceptions play a significant role in the process of finding the best pregnancy resolution, resulting in abandonment and death. Therefore, religious fallacies should be rectified so pregnancy resolutions could be made with rumination, and simultaneously save both mother and children.
Abstrak: Dewasa ini, kes pengguguran bayi dan bayi baru lahir yang ditinggalkan kerana status tidak sah taraf semakin berleluasa di negara ini, waima majoriti rakyatnya adalah beragama Islam. Sebahagian besar bayi tidak sah taraf pula diserahkan kepada ibubapa angkat untuk dijaga. Dengan masa dan sumber maklumat terbatas yang ada pada si ibu, resolusi bagi kandungan tidak sah taraf biasanya dibuat dengan tergesa-gesa dan tidak dipertimbangkan dengan sewajarnya. Bagi mengekang fenomena ini, pendidikan agama dilihat sebagai langkah pencegahan yang munasabah. Namun dalam hal ini, Quran dan Sunnah tidak dijadikan panduan, sebaliknya, strategi penyelesaian mereka diasaskan kepada logik dan kefahaman budaya, yang mana setelah sekian lama, menjadi sesuatu yang diyakini sebagai kepercayaan. Dalam hal ini, pendidikan Islam dikelirukan dengan budaya, lalu menghasilkan kesangsian dan kesimpulan yang salah. Kertas ini bertujuan membahas kekeliruan agama berkaitan fenomena anak luar nikah yang memberi impak kepada resolusi anak tidak sah taraf dalam kalangan wanita Melayu Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi mengumpul data. Kajian mendapati kekeliruan agama ini berpunca dari prejudis sistemik terhadap wanita yang mengandung di luar nikah serta kandungan mereka. Hal ini tidak bertepatan dengan ajaran sebenar Islam yang menggalakkan taubat, dan tidak melihat masa silam mereka asalkan mereka benar-benar kembali ke pangkal jalan. Kesalahfahaman ini telah memainkan peranan penting dalam proses mencari resolusi kandungan luar nikah di mana kebiasaannya akan berakhir dengan pengabaian dan kematian bayi tersebut. Dengan itu, kekeliruan agama ini haruslah diperbetul supaya keputusan boleh dibuat dengan matang, dan kedua ibu dan anak dapat diselamatkan.