Abstrak: Perubahan iklim adalah perubahan corak iklim disebabkan oleh punca semula jadi dan antropogenik yang mempengaruhi aktiviti manusia dan ekosistem semulajadi. Senario masa depan (2025-2034 dan 2041-2050) menunjukkan kenaikan suhu permukaan sebanyak 1.6-2.3°C dan kejadian hujan ekstrem (antara -55% hingga + 68%) di Kuala Selangor, berbanding dengan tahap masa lampau (1984)(1985)(1986)(1987)(1988)(1989)(1990)(1991)(1992)(1993). Kenaikan paras laut untuk 2100 dijangka sebanyak 0.5 m. Perubahan iklim merupakan ancaman yang serius kepada sistem manusia dan ekosistem semula jadi di zon pesisir pantai Kuala Selangor. Peningkatan suhu permukaan dijangka mengakibatkan pengurangan pengeluaran hasil padi dan kelapa sawit. Keadaan iklim dan hidrologi yang ekstrem dijangka menyumbang kepada penyusutan tersebut. Kenaikan paras air laut akan meningkatkan kerentanan pembanjiran pantai di kawasan rendah dan seterusnya menjejaskan guna tanah yang sedia ada. Hampir 91% daripada komponen yang terdedah adalah kawasan pertanian dan hutan manakala yang selebihnya terdiri daripada kawasan pengangkutan, kediaman, infrastruktur, perniagaan, institusi awam dan industri (termasuk industri akuakultur). Selain itu, potensi perejahan air masin ke dalam akuifer pantai air bawah tanah semakin meningkat seiring dengan peningkatan paras air laut dan ini membawa implikasi terhadap sumber air bawah tanah yang bersih. Implikasi perubahan iklim terhadap zon pesisir pantai di Kuala Selangor dapat ditangani dengan menjalankan langkah adaptasi yang mengambilkira kedua-dua aspek permukaan dan sub-permukaan yang disepadukan ke dalam dasar perancangan zon pesisir pantai. Langkah adaptasi yang berkesan melibatkan pengumpulan maklumat saintifik, penilaian risiko, penentuan objektif adaptasi, penilaian adaptasi, pemilihan langkah adaptasi yang sesuai, perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.Kata kunci: Perubahan iklim, kenaikan paras air laut, zon pesisir pantai, penilaian kerentanan, Kuala Selangor Abstract: Climate change is a variation in climate patterns due to natural and anthropogenic causes that affect human activity and natural ecosystems. Future projections (2025-2034 and 2041-2050) indicate increases in surface temperature of between 1.6 -2.3°C and extreme rainfall events (between -55% to +68%) in Kuala Selangor, compared to previous levels (1984)(1985)(1986)(1987)(1988)(1989)(1990)(1991)(1992)(1993). Sea-level rise projected for 2100 is about 0.5 m. Climate change poses a serious threat to humans and natural ecosystems in the coastal zone of Kuala Selangor. The projected increase in surface temperature is expected to reduce the yield from paddy and oil palm plantations. Extreme climate and hydrological conditions are expected to contribute to this decline. Projected sea level rise will increase the susceptibility of low-lying areas to coastal inundation and compromise existing land use. Almost 91% of the exposed components are agricultural and forest areas while the rest comprises transport, residential, infrastructure, business, public ins...