Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan instrumen kursus Penilaian Bakat dan mengukur pencapaian prestasi peserta program tersebut. Selain itu, kajian ini bertujuan mengukur, membanding dan menilai pencapaian prestasi peserta program Penilaian Bakat di Pulau Pangkor, Perak dan Tuaran, Sabah. Penyelidikan ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan reka bentuk tinjauan (survey). Survey diedarkan atas talian dan ditadbirkan secara digital yang dapat dicapai oleh responden dalam telefon bimbit melalui blog dan kata laluan khusus. Antara dapatan utama kajian ini ialah berjaya menghasilkan instrumen Penilaian Bakat elemen 'kematangan emosi dan keyakinan diri' dan 'kepantasan bertindak' yang masih kurang dikuasai peserta, sesi kursus memberi impak segera dan positif walaupun kesannya lebih tertumpu kepada peserta secara berkumpulan berbanding secara individu. Hasil daripada dapatan kajian ialah perolehanInstrumen Penilaian Bakat Rising Together (IPBRT), perhatian sama rata terhadap semua elemen penilaian prestasi, elemen 'kematangan emosi dan keyakinan diri' dan 'kepantasan bertindak' yang masih kurang dikuasai peserta, memberi impak segera dan positif walaupun kesannya lebih tertumpu kepada peserta secara berkumpulan berbanding secara individu dan staf bermasalah sentiasa 'wujud' dalam sistem dan organisasi pendidikan.