“…Strategi pembelajaran berasaskan Document based lessons adalah berupaya untuk mewujudkan ruang persekitaran pembelajaran yang aktif dengan membolehkan murid-murid dapat membuat interpretasi dan tafsiran dengan menggunakan bahan-bahan, di samping dapat membolehkan murid-murid berperanan sebagai seorang ahli sejarah yang professional semasa proses pembelajaran sejarah (Nieuwenhuyse, Roose, Wils, Depaepe, Verschaffel, 2017;Nye, Hughes-Warrington, Roe, Russell, Deacon, & Kiem, 2011;Sandwell, 2008). Hal ini bertepatan dengan manfaat dan potensi penggunaan sumber-sumber sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah seperti yang diperincikan oleh pengkaji Barton (2018) dan Hazri Jamil (2003) dan berdasarkan kupasan kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini (Kaviza, 2020) iaitu membolehkan murid-murid dapat membuat perbandingan maklumat antara sumber-sumber, murid-murid berupaya untuk berfikir secara rasional di sebalik berlakunya sesuatu peristiwa sejarah, murid-murid berupaya untuk menggambarkan semula sesuatu rentetan peristiwa sejarah yang berlaku dengan sokongan bahan bukti, murid-murid berupaya untuk meningkatkan minat belajar sejarah apabila mereka berpeluang untuk memainkan peranan sebagai seorang ahli sejarah dan murid-murid berupaya untuk meningkatkan kebolehan dan daya intelektual secara kritis dan analitis melalui proses pengkajian dan pentafsiran sejarah yang mendalam. Pelaksanaan kaedah pembelajaran berasaskan Document based lessons adalah berlandaskan kepada langkah-langkah yang dipelopori oleh Abby Reisman dalam kajiannya (Reisman, 2012a; www.msocialsciences.com 2012b) yang terdiri daripada fasa pengetahuan sedia ada, fasa inkuiri sejarah dan fasa perbincangan.…”