Catfish is a cheap source of essential omega-3 fatty acids especially eicosapentaenoic acid (EPA) and docosahexaenoic acid (DHA). Catfish oil was extracted and clean-up using pressurised liquid extraction (PLE) from the viscera of catfish (Clarias batrachus). However, the characteristics of catfish oils are sticky, strong fishy odour and can easily be oxidised with short shelflife. In this study, catfish oil was converted into powder by formation of inclusion complex with β-cyclodextrin. Inclusion complex was prepared by using co-precipitation and kneading methods and compared with physical mixture. The inclusion complex formed were characterised by using field emission scanning electron microscopy (FESEM), differential scanning calorimeter (DSC) and fourier transform infrared spectroscopy (FTIR). FESEM images revealed that inclusion complex using co-precipitation and kneading methods has smaller in crystal sizes and appeared as different morphology compared to physical mixture. DSC proved that co-precipitation method was able to form new solid phase due to shifting of melting point to higher temperature (145.22 °C). FTIR supported the result by proving strengthening of carbonyl group (C=O). Therefore, coprecipitation method was able to successfully produce inclusion complex of catfish oil, β-cyclodextrin.Keywords: catfish oil, β-cyclodextrin, co-precipitation, kneading, physical mixture Abstrak Ikan keli merupakan sumber murah yang mengandungi asid lemak omega-3 terutama asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Minyak ikan keli telah diekstrak dan disulingkan dengan menggunakan pengekstrakan cecair tekanan tinggi (PLE) daripada visera ikan keli (Clarias batrachus). Walau bagaimanapun, ciri -ciri minyak ikan keli adalah melekit, bau hanyir yang kuat, mudah teroksida dengan mempunyai jangka hayat yang terhad. Dalam kajian ini, minyak ikan keli telah ditukarkan menjadi serbuk melalui pembentukan kompleks rangkuman dengan β-siklodekstrin (BCD). Kompleks rangkuman telah dihasilkan dengan menggunakan teknik ko-pemendakan dan penggulian serta dibandingkan dengan campuran fizikal. Kompleks rangkuman telah dicirikan dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan medan (FESEM), kalorimeter imbasan kebezaan (DSC) dan spektrofotometer infra merah transformasi fourier (FTIR). Hasil kajian daripada imej FESEM menunjukkan bahawa pembentukan kompleks rangkuman menggunakan teknik ko-pemendakan dan penggulian mempunyai saiz kristal yang kecil dan muncul sebagai morfologi yang berbeza dibandingkan dengan campuran fizikal. DSC membuktikan ko-pemendakan mampu menghasilkan fasa baru kerana takat pencairan berubah dari yang asal ke suhu yang lebih tinggi (145.22 ºC). FTIR mendokong keputusan melalui bukti penegangan kumpulan karbonil dan C=O telah digunakan untuk rangkuman. Oleh itu, kaedah ko-pemendakan membuktikan kaedah yang paling sesuai untuk merangkum minyak ikan keli menggunakan β-siklodekstrin.Kata kunci: minyak ikan keli, β-siklodekstrin, ko-pemendakan, penggulian, campuran fizikal