Traffic density in the terminal control area will increase flight safety risks. One effort to reduce the risk is to minimize the controller’s workload when affected by air traffic complexity. This research uses a simulation model to measure air traffic complexity in terminal control areas. The aircraft performance model has been constructed from ADS-B data and represents the aircraft movement in the terminal control area of Soekarno-Hatta International Airport. The simulation model can detect and resolve conflicts to keep separations between aircraft at a specified minimum separation limit. Air traffic complexity measurement uses several indicators, i.e., aircraft density, number of climbing and descending aircraft, aircraft type mixing, conflict control, aircraft speed difference, and controller communication. The weighting factor for each indicator has been obtained from Jakarta Air Traffic Service Center (JATSC) controller perception using an analytic hierarchy process. The simulation results show that the variation of resolution type affects the complexity level significantly. The results of this study can be used as consideration for improving air traffic control procedures and air space structures.
ABSTRAK: Kepadatan trafik di kawasan terminal kawalan bakal menyebabkan peningkatan risiko keselamatan penerbangan. Salah satu cara bagi mengurangkan risiko adalah dengan meminimumkan beban kerja pengawal yang terlibat dengan kesesakan trafik udara. Kajian ini menggunakan model simulasi bagi mengukur kesesakan trafik udara di kawasan terminal kawalan. Model pretasi pesawat telah dibina menggunakan data ADS-B dan ini mewakili pergerakan pesawat di terminal kawalan lapangan terbang antarabangsa Soekarno-Hatta. Model simulasi ini dapat mengesan konflik dan membuat resolusi bagi mengekalkan penjarakan antara pesawat mengikut had penjarakan minimum yang ditetapkan. Beberapa indikator telah digunakan bagi mengukur kerumitan trafik udara, iaitu: ketumpatan pesawat, bilangan pesawat mendaki dan menurun, jenis pesawat, kawalan konflik, perbezaan kelajuan pesawat dan pengawal komunikasi. Faktor pemberat bagi setiap indikator telah diperoleh daripada pengawal persepsi Pusat Servis Trafik Udara Jakarta (JATSC) menggunakan proses analisis hierarki. Keputusan simulasi menunjukkan pelbagai jenis resolusi mempengaruhi tahap kerumitan dengan ketara. Hasil kajian ini boleh digunakan bagi menambah baik prosedur kawalan trafik udara dan struktur ruang udara.