“…Maka, hubungan pengarah tidak lagi dilihat sebagai mekanisme kawalan, sebaliknya bermanfaat untuk memindahkan pengetahuan antara organisasi (O'Hagan & Green 2004). Namun, ianya selari dengan penerangan berhubung modal sosial, hubungan saling pengaruh turut memberi implikasi negatif, antaranya pemantauan yang rendah (Hsu & Li 2009), penyataan semula kewangan fi rma (Fich & Shivdasani 2006), kurangnya komitmen hadir mesyuarat (Chou, Li & Yin 2010), bayaran pampasan ketua pegawai eksekutif yang tinggi (Fich & White 2005) serta wujudnya pakatan rahsia dan kronisme sosial (Begley et al 2010). Akibat perbezaan ini, dapatan mengenai kesan hubungan saling pengaruh tidak konsisten.…”