“…Menekuni kajian-kajian terdahulu, pengkaji-pengkaji lepas didapati telah menekankan akan peranan penyelidikan dan pembangunan dalam pembangunan sesebuah industri. Antaranya, penyelidikan dan pembangunan dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan (Kafouros, Love, Ganotakis, & Konara, 2020;Suryani, Amin, & Rohman, 2021;Ferraris, Giachino, Ciampi, & Couturier, 2021). Penyelidikan dan pembangunan dijalankan untuk mengembangkan pengetahuan saintifik yang berasaskan teori, berisiko tinggi, dan memerlukan kos yang tinggi (Song, Wang, & Sun, 2018;Asheim, 2019).…”