“…Seterusnya, Teori Diskrepensi (Lawler 1971(Lawler , 1981 Sebaliknya, kajian yang dilaksanakan berdasar model kesan tidak langsung mengiktiraf peranan penglibatan pekerja sebagai pemboleh ubah pengantara yang penting dalam hubungan antara tahap ganjaran dan komitmen organisasi. Sebagai contoh, beberapa kajian empirikal telah dilaksanakan berdasarkan model tersebut menggunakan saiz sampel yang berbeza, seperti tanggapan 761 responden yang berkhidmat di 17 cawangan dalam 7 bank-bank swasta di negeri Uttar Pradesh, India (Rai et al 2019), dan tanggapan 237 staf akademik dan pentadbiran di universitiuniversiti di Palestin (Aboramadan et al 2020). Dapatan kaji selidik mereka membuktikan bahawa keupayaan majikan menentukan tahap ganjaran (seperti, penetapan gaji, bonus, insentif, faedah bukan kewangan dan faedah psikologi) yang setimpal dengan sumbangan pekerja (seperti jawatan, lama berkhidmat, kekananan dan merit) dapat meningkatkan penglibatan pekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerja harian.…”