In this research, biodiesel was produced by transesterification of rubber seed oil with methanol catalyzed by three types of alumina-supported catalyst. The catalysts were Al 2 O 3 -CaO, Al 2 O 3 -KI, and Al 2 O 3 -CaO-KI. The catalysts were prepared by heating a mixture of alumina and the corresponding salt in a furnace at 700 o C. Transesterification reactions were carried out at 65 °C using a mixture of rubber seed oil: methanol of mass ratio 1:9 with different catalyst loadings between 0 and 3.5%. The optimum catalyst loading was at 2.0% for all types of catalyst and Al 2 O 3 -CaO-KI gave the highest yield (91.6%) followed by Al 2 O 3 -KI (90.7%) and Al 2 O 3 -CaO (63.5%). The catalyst Al 2 O 3 -CaO-KI also gave high biodiesel yields over a wider range of catalyst loadings compared to the other two catalysts. Reactions were also carried out at different temperatures (25, 40 and 65°C). It was observed that the yield increased drastically with increasing reaction temperature. At all temperatures the Al 2 O 3 -CaO-KI catalyst gave the highest yield. Therefore, the study showed that among these three catalysts the most productive was Al 2 O 3 -CaO-KI, (100:30:35).Keywords: alumina-supported catalyst, biodiesel, rubber seed oil, transesterification
AbstrakDalam kajian ini, biodiesel dihasilkan melalui tindak balas transesterifikasi minyak biji getah dengan metanol menggunakan tiga jenis mangkin tersokong alumina. Mangkin-mangkin tersebut adalah Al 2 O 3 -CaO, Al 2 O 3 -KI dan Al 2 O 3 -CaO-KI. Mangkinmangkin itu disediakan dengan pemanasan campuran alumina dan garam yang berkaitan di dalam relau pada suhu 700 °C. Tindak balas transesterifikasi dijalankan pada suhu 65 °C dengan menggunakan campuran minyak biji getah: metanol dengan nisbah jisim 1:9 dengan beban mangkin yang berbeza di antara 0 hingga 3.5%. Beban mangkin yang optimum adalah 2.0% untuk semua jenis mangkin dan mangkin Al 2 O 3 -CaO-KI memberikan peratus hasil yang paling tinggi (91.6%) diikuti oleh Al 2 O 3 -KI (90.7%) dan Al 2 O 3 -CaO (63.5%). Mangkin Al 2 O 3 -CaO-KI juga memberikan peratus hasil biodiesel yang tinggi pada julat beban mangkin yang lebih besar berbanding dengan dua mangkin yang lain. Tindak balas juga dijalankan pada suhu-suhu yang berbeza (25, 40 dan 65 °C). Didapati bahawa peratus hasil meningkat secara mendadak dengan peningkatan suhu tindak balas. Pada sebarang suhu mangkin Al 2 O 3 -CaO-KI memberikan peratus hasil yang paling tinggi. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa di antara ketiga-tiga jenis mangkin ini Al 2 O 3 -CaO-KI, (100:30:35) adalah yang paling produktif.Kata kunci: mangkin tersokong alumina, biodiesel, minyak biji getah, transesterifikasi