“…Sebagai contoh, pekerja bersedia memindahkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk membantu rakan sekerja, menawarkan khidmat bantuan, bersedia menerima tugasan baharu, sanggup bekerja lebih masa, mewujudkan rasa kemasyarakatan dan menghulurkan faedah yang berguna kepada organisasi (Lovaas et al, 2020;Afram, et al, 2022;Abbasi et al, 2022). Tingkah laku positif ini boleh mendorong pekerja untuk menyumbang secara optimum terhadap peningkatan produktiviti, kecekapan dan kepuasan pelanggan, serta menyokong strategi dan objektif organisasi mereka (Mohamad et al, 2020b;Zúñiga et al, 2022). Terdapat kajian literatur yang terkini berkaitan pengurusan latihan pekerja yang menyokong bahawa pemindahan latihan adalah hasil kritikal daripada perhubungan antara sokongan pengurusan dengan kesedaran pembelajaran (Mohamad et al, 2020b;Yaghi & Bates, 2020).…”