Distillation of fatty acid from traditional recovery method consumes a lot of energy. Membrane process is more preferred because it reduces energy consumption. In this work, the possibility of separating free fatty acid (FFA) from palm oil using organic solvent nanofiltration was studied. Various commercial organic solvent nanofiltration membranes were tested using dead end filtration for their ability to remove free fatty acid from palm oil/acetone mixture. In all membranes, triglycerides (TAG) were preferentially retained at increasing pressure, while FFA were permeated through the membrane. All the three membranes showed selective permeation of FFA, with Solsep 030306 gave the highest selectivity of FFA over triglycerides. The best fatty acid separation performance was achieved using NF030306 membrane with acetone at pressure in the range of 30 to 40 bar and 3.6 g/L concentration of fatty acid. Using NF030306 membrane, 55% of low fatty acid and 87% of triglycerides were rejected from the system. Good separation was achieved at high pressure and concentration. We successfully demonstrated the separation of fatty acid separation from palm oil using organic solvent nanofiltration could be achieved.Keywords: free fatty acid, palm oil, organic solvent nanofiltration, deacidification Abstrak Pemulihan tradisional asid lemak daripada minyak yang boleh dimakan menggunakan sejumlah besar tenaga. Jika penyulingan digantikan dengan proses membran, penggunaan tenaga boleh dikurangkan dengan banyak. Dalam kajian ini, kami akan mengkaji kemungkinan untuk memisahkan asid lemak bebas daripada minyak kelapa sawit dengan menggunakan penuras nano pelarut organik. Pelbagai pelarut organik membran penuras nano komersial telah diuji menggunakan penuras nano untuk keupayaan mereka untuk memisahkan asid lemak bebas daripada campuran kelapa sawit/aseton. Untuk semua membran, trigliserida adalah dikekalkan pada tekanan yang semakin meningkat, manakala asid lemak meresap melalui membran. Ketigatiga membran menunjukkan penyerapan terpilih asid lemak, bagaimanapun Solsep 030306 memberikan pemilihan tertinggi asid lemak/trigliserida. Pemisahan asid lemak yang terbaik dicapai dengan menggunakan membran NF030306 dengan aseton pada tekanan dalam lingkungan 30 hingga 40 bar dan 3.6 g/L kepekatan asid lemak. Penolakan asid lemak yang rendah iaitu 55% dan penolakan trigliserida yang tinggi sehingga 87% telah dicapai menggunakan membran NF030306. Pemisahan baik dicapai pada tekanan tinggi dan kepekatan tinggi. Ia menunjukkan pemisahan asid lemak daripada minyak kelapa sawit menggunakan penuras nano pelarut organik boleh dicapai.Kata kunci: asid lemak bebas, minyak sawit, penuras nano pelarut organik, penyahasidan