Objektif utama kajian ini untuk mengukur keberkesanan latihan fungsional jeda intensiti tinggi terhadap kecergasan aerobik pemain badminton remaja. Seramai 16 orang peserta lelaki pemain badminton yang berumur 13-15 tahun telah menjalankan latihan intervensi selama 10 minggu. Semua peserta perlu menjalani ujian 20m Multistage Fitness untuk mengukur kadar pengambilan oksigen maksimum (VO2max). Peserta dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan, Eksperimen (n=8) dan Kawalan (n=8) berdasarkan keputusan penilaian kecergasan aerobik. Kumpulan Eksperimen akan melakukan latihan fungsional jeda intensiti tinggi manakala Kumpulan Kawalan akan melakukan latihan tradisional iaitu latihan rutin yang biasa dilaksanakan dalam program latihan mereka. Selepas latihan interval selama 10 minggu menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kadar pengambilan oksigen maksimum (VO2max) antara kumpulan Eksperimen dan kumpulan Kawalan, F(1,14)=4.663, p= .049. Kesimpulannya, latihan fungsional jeda intensiti tinggi dapat meningkatkan kecergasan aerobik dalam kalangan pemain remaja badminton.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.