Penyelidikan madu lebah (kelulut madu) merupakan bidang baru dalam penyelidikan perubatan. Walaupun ia telah digunakan sebagai makanan tradisional dan tambahan selama berabad-abad, pengetahuan mengenai potensi kesihatannya secara saintifik dan terutama pada sifat antioksidannya masih sedikit. Sifat-sifat antioksidan madu diukur dengan menggunakan asai potensi pengurangan ferio, dan mengukur jumlah kandungan fenol dan flavonoid menggunakan spektrofotometri UV. Kandungan jumlah fenolik, jumlah kandungan flavonoid dan potensi antioksidan penurunan ferum madu kelulut Malaysia yang dihasilkan oleh Trigona spp. didapati 844.45 mg RE/kg madu, 78.29 mg RE/kg madu dan 1132.66 mM FE/ kg madu masing-masing. Penemuan kami menunjukkan korelasi yang kuat antara jumlah fenolik dan kandungan flavanoid dengan potensi antioksidannya pada R 2 = 0.920 dan R 2 = 0.951. Kesan madu pada daya hidup sel selanjar limfoblastoid (LCL) juga diselidiki. Sel-sel dikulturkan dalam medium RPMI-1640 ditambah dengan 0-500 μg/mL madu kelulut selama 24 jam. Daya hidup sel yang diukur menggunakan ujian MTS menunjukkan bahawa suplemen madu meningkatkan daya hidup LCL sehingga 164.64% (p<0.01). Peningkatan ketara dalam daya hidup sel mungkin disebabkan oleh sifat antioksidan madu kelulut.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.