ABSTRAK:Pemikiran pengarang merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah gambaran dan rangkuman warnawarna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu naratif yang lengkap dan sempurna. Lantaran itu, kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pemikiran pengarang dalam novel Sebalik Yamashita dan Parcivel karya Shaari Isa yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2015. Aspek pemikiran pengarang dalam novel ini dikaji dan dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh pengarang ialah pemikiran kolonialisme dan imperialisme, pemikiran politik dan kepimpinan, dan yang ketiganya ialah pemikiran sejarah. Seterusnya, bagi melengkapkan nilai yang terkandung dalam novel ini, kajian mendapati pengarang mendedahkan gambaran masyarakat dan permasalahan yang ditonjolkan bagi melengkapkan informasi yang terkandung dalam novel ini. Kajian ini penting untuk mendedahkan pemikiran dan stail yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya, khususnya novel.KATA KUNCI: pemikiran, karya sastera, naratif, kepimpinan, dan masyarakat PENGENALAN Kemunculan genre novel dalam membantu membangunkan perkembangan dunia sastera tidak dapat dinafikan. Hal ini demikian kerana, novel sedikit sebanyak membantu masyarakat umum dalam aspek pembangunan minda. Bertepatan dengan pandangan Jumali Hj. Selamat (2009), bahawa penghasilan sesebuah karya adalah rangkuman fikiran pengarang yang diluahkan secara bertulis atau lisan yang berkaitan dengan kepelbagaian kehidupan manusia dan juga alam yang diadun sebati bersama pengalaman dan dihiasi dengan imaginasi dan kreativiti. Apabila menyebut tentang pembangunan minda, kita tidak boleh lari dari aspek pemikiran yang menjadi tunjang utama atau tiang seri dalam kerangka dasar sesebuah novel. Pemikiran adalah suatu usaha pengarang mencari idea dalam mengatasi permasalahan tertentu yang dihadapi oleh anggota masyarakat dengan tujuan memperolah pelbagai pemerhatian dan pertimbangan, disamping harapan. Pemikiran ini juga bersifat falsafah dan saintifik. Seterusnya menurut pandangan Asmah Hj. Omar (1986) pula, pemikiran adalah sebagai satu keadaan atau situasi yang memaparkan kepelbagaian gambaran atau citra yang mempunyai konsep abstrak atau tersirat dan perkaitan antara peringkat inilah yang akan menjadi tumpuan dan perhatian.Merujuk pandangan Ezzah'Afifah dan Che Ibrahim (2015), pemikiran ialah idea cendikiawan yang terhasil daripada penggunaan akal dalam memikirkan sesuatu pemasalahan yang berlaku dalam diri dan masyarakat yang bersifat tanggapan dan tertib serta menjadi pegangan. Zainal Kling (1989) pula, menyatakan bahawa pemikiran adalah satu aktiviti atau kegiatan dengan tujuan membentuk satu sistem tanggapan yang akan menjadi dasar atau rangka berfikir oleh masyarakat. Seterusnya, Othman ...
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.