ABSTRAK:Kertas kerja ini akan meneliti meneliti keberkesanan inovasi pengajaran dan pembelajaran berbantukan kemudahan internet. Analisis dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mengikuti kursus SBLM1053 Bahasa Melayu Pengurusan. Analisis ini dideskripsi dalam bentuk kualitatif. Kaedah utamanya adalah mengumpul data daripada 40 orang pelajar dengan mempraktikkan amalan PdP berdasarkan teknik pengajaran berbantukan kemudahan internet. Penggunaan teknologi terkini dan interaktif seperti muat turun video aplikasi youtube, paparan rakaman video, aplikasi menggunakan ipad dan lain-lain diaplikasikan semasa sesi PdP. Dapatan mendapati teknik PdP berbantukan kemudahan internet amat berkesan dan berjaya mewujudkan suasana yang lebih berinovasi. Bantuan daripada internet serta panduan daripada pensyarah juga memudahkan pelajar terutama ketika mencari bahan serta maklumat berkaitan kursus serta ketika melakukan pembentangan. KATA KUNCI -inovasi PdP, internet, SBLM1053 PENGENALANAplikasi komputer meliputi berbagai-bagai aspek termasuklah urusan pentadbiran serta pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi membantu pensyarah untuk meningkatkan cara dan kaedah pengajaran. Pengajaran bagi kursus Bahasa Melayu Pengurusan (SBLM 1053) merupakan kursus 3 jam kredit. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar yang bakal menjadi pengurus tentang tatacara berurusan dengan menggunakan bahasa Melayu dalam bidang pengurusan. Tumpuan diberikan kepada penguasaan kemahiran bahasa dan komunikasi dalam pelbagai bidang organisasi. Pada akhir kursus, pelajar akan mampu menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan dengan pihak-pihak yang berkepentingan.Penggunaan teknologi yang canggih dan interaktif seperti muat turun video aplikasi youtube, paparan rakaman video, aplikasi menggunakan ipad dan lain-lain. Pengajaran bahasa memerlukan pensyarah yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan supaya pengendalian kuliah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pensyarah memainkan peranan penting dalam menjana pemikiran para pelajar untuk mempunyai daya imaginasi yang tinggi atau keupayaan melakukan penakulan.
ABSTRAK:Pemikiran pengarang merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah gambaran dan rangkuman warnawarna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu naratif yang lengkap dan sempurna. Lantaran itu, kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pemikiran pengarang dalam novel Sebalik Yamashita dan Parcivel karya Shaari Isa yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2015. Aspek pemikiran pengarang dalam novel ini dikaji dan dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh pengarang ialah pemikiran kolonialisme dan imperialisme, pemikiran politik dan kepimpinan, dan yang ketiganya ialah pemikiran sejarah. Seterusnya, bagi melengkapkan nilai yang terkandung dalam novel ini, kajian mendapati pengarang mendedahkan gambaran masyarakat dan permasalahan yang ditonjolkan bagi melengkapkan informasi yang terkandung dalam novel ini. Kajian ini penting untuk mendedahkan pemikiran dan stail yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya, khususnya novel.KATA KUNCI: pemikiran, karya sastera, naratif, kepimpinan, dan masyarakat PENGENALAN Kemunculan genre novel dalam membantu membangunkan perkembangan dunia sastera tidak dapat dinafikan. Hal ini demikian kerana, novel sedikit sebanyak membantu masyarakat umum dalam aspek pembangunan minda. Bertepatan dengan pandangan Jumali Hj. Selamat (2009), bahawa penghasilan sesebuah karya adalah rangkuman fikiran pengarang yang diluahkan secara bertulis atau lisan yang berkaitan dengan kepelbagaian kehidupan manusia dan juga alam yang diadun sebati bersama pengalaman dan dihiasi dengan imaginasi dan kreativiti. Apabila menyebut tentang pembangunan minda, kita tidak boleh lari dari aspek pemikiran yang menjadi tunjang utama atau tiang seri dalam kerangka dasar sesebuah novel. Pemikiran adalah suatu usaha pengarang mencari idea dalam mengatasi permasalahan tertentu yang dihadapi oleh anggota masyarakat dengan tujuan memperolah pelbagai pemerhatian dan pertimbangan, disamping harapan. Pemikiran ini juga bersifat falsafah dan saintifik. Seterusnya menurut pandangan Asmah Hj. Omar (1986) pula, pemikiran adalah sebagai satu keadaan atau situasi yang memaparkan kepelbagaian gambaran atau citra yang mempunyai konsep abstrak atau tersirat dan perkaitan antara peringkat inilah yang akan menjadi tumpuan dan perhatian.Merujuk pandangan Ezzah'Afifah dan Che Ibrahim (2015), pemikiran ialah idea cendikiawan yang terhasil daripada penggunaan akal dalam memikirkan sesuatu pemasalahan yang berlaku dalam diri dan masyarakat yang bersifat tanggapan dan tertib serta menjadi pegangan. Zainal Kling (1989) pula, menyatakan bahawa pemikiran adalah satu aktiviti atau kegiatan dengan tujuan membentuk satu sistem tanggapan yang akan menjadi dasar atau rangka berfikir oleh masyarakat. Seterusnya, Othman ...
Empathy is derived from Greek. Empathy can be generally defined as the ability of a person to know and feel the feelings of others. The ability of someone in delving into the feelings of others is capable of strengthening the relationship between the person with someone else. Empathy is seen as the way a person understands something problems experienced by others and strives to show that he's hard to understand the feelings of the person. Early Islam language is clear that picture liver beam represented through the behavior and use of language politeness that do not offend either to read or listen. As such, this paper will examine the practice of writing early speaking class of managers through management documents issued to the public based on a sense of empathy are shown. The review approach is to use analytical methods of document management documents obtained from selected government departments. Early writing speaking will be classified based on four key principles, namely, the most delicate, subtle, less fine and gross. The result saw the class Manager highly on related matters expressed impati. This is evident when there is a use of words in the form of empathy that is used in accordance with the context of the document was issued.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.