Perkara 3 Deklarasi mengenai Hak Orang Asal (DHOA) mengiktiraf hak penentuan kendiri orang asal yang turut merangkumi aspek ekonomi. Sungguhpun begitu, terdapat kajian yang mencukupi bahawa Orang Asli masih dibelenggu dengan isu ekonomi, dihimpit kemiskinan, ketiadaan pengiktirafan hak tanah Orang Asli dan terpinggir dari pembangunan arus perdana. Antara faktornya ialah kelompangan undang-undang dalam Akta Orang Asli 1954 (AOA) dan polisi pembangunan ekonomi Orang Asli sedia ada tidak sepadan dengan keperluan mereka. Oleh yang demikian, objektif utama artikel ini ialah untuk menerangkan isu berkaitan pembangunan ekonomi Orang Asli dan hak ekonomi orang asal di bawah DHOA seterusnya menganalisis pembangunan ekonomi masyarakat Maori di New Zealand dengan merujuk kepada piawaian di bawah DHOA dan undang-undang antarabangsa dengan menggunakan metodologi sosio-perundangan dan menganalisis data secara kualitatif. Artikel ini mendedahkan bahawa kedudukan pengiktirafan hak ekonomi Maori adalah lebih baik dan maju berbanding Orang Asli. Justeru, artikel ini mengemukakan tiga perkara yang wajar dipelajari daripada pengiktirafan hak ekonomi Maori seterusnya mengemukakan empat cadangan dari segi perundangan untuk penambahbaikan pembangunan ekonomi Orang Asli seperti cadangan pindaan AOA, memperkasakan peranan JAKOA dan institusi berkaitan Orang Asli, mengiktiraf nilai, adat dan budaya serta aktiviti ekonomi Orang Asli. Kesimpulannya, artikel ini dapat memberi sumbangan dan impak yang fundamental ke arah pembangunan lestari Orang Asli, seterusnya membantu Malaysia menunaikan obligasi undang-undang antarabangsa.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.