Komitmen guru amat penting bagi memastikan kemenjadian murid seperti mana dalam PPPM 2013- 2025. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan budaya sekolah terhadap komitmen guru sekolah rendah di bahagian pedalaman atas negeri Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan menggabungkan tiga teknik pensampelan kebarangkalian untuk mendapatkan sampel. Dua set soal selidik iaitu TCM Employee Commitment Survey (Meyer & Allen, 2004) dan Soal Selidik Budaya Organisasi (Ipek, 1999) digunakan untuk mendapatkan data daripada 458 responden guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 25.0. Berpandukan analisis deskriptif, didapati budaya sekolah berada pada tahap tinggi. Manakala komitmen guru berada pada tahap sederhana. Berdasarkan analisis statistik inferensi, ujian-t bagi budaya sekolah berdasarkan jantina adalah tidak signifikan (t = 1.434, df = 456, p> 0.05) yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan budaya sekolah berdasarkan jantina. Manakala hasil ujian-t bagi komitmen guru berdasarkan jantina menunjukkan hasil yang signifikan (t = 2.018, df = 456, p<0.05) yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru berdasarkan jantina. Melalui ujian Korelasi Pearson didapati terdapat hubungan signifikan yang positif dengan kekuatan yang sederhana (r = 0.427, p<0.01) budaya sekolah dengan komitmen guru. Kajian mencadangkan agar budaya sekolah diamalkan pada tahap tinggi memandangkan terdapat hubungan signifikan yang positif antara budaya sekolah dengan komitmen guru.
Kepuasan komunikasi merupakan jumlah kepuasan terhadap maklumat umum termasuk perubahan dalam polisi organisasi, prosedur, misi, visi, objektif, pencapaian, rancangan, struktur dan keadaan pekerjaan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kepuasan komunikasi dalam kalangan guru sekolah rendah di bahagian pedalaman atas negeri Sabah, Malaysia. Kajian berbentuk bukan jenis eksperimental ini menggunakan kaedah tinjauan dan mengabung tiga teknik pensampelan kebarangkalian dalam mendapatkan data. Data dikumpulkan menggunakan satu set soal selidik yang diadaptasi dari Downs dan Hazen (1977) dan ditadbir ke atas 458 orang responden guru. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 25.0. Berdasarkan analisis deskriptif, variabel kepuasan komunikasi menunjukkan seramai 410 orang responden (89.5%) berada pada tahap tinggi manakala 48 orang responden (10.5%) berada pada tahap sederhana. Dapatan analisis Ujian-t yang diperoleh adalah tidak signifikan (t = 0.663, df = 456, p>0.05), yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan kepuasan komunikasi berdasarkan jantina. Melalui ujian ANOVA sehala, kepuasan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar didapati tidak signifikan, [F(df=2, 455) = 1.685, p>0.05]. Kajian menyimpulkan bahawa tiada perbezaan dalam kepuasan komunikasi berdasarkan pengalaman mengajar guru. Kajian mencadangkan agar kepuasan komunikasi guru berada pada tahap tinggi. Hal ini kerana kepuasan komunikasi guru adalah penting untuk memastikan kelancaran perkongsian kemahiran, ilmu, maklumat dan arahan serta mengelakkan konflik dan merupakan kunci kepada kejayaan serta keberhasilan di sekolah.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.