This study examines the factors that can enhance student's academic resilience rom positive psychological perspective. The findings of the study show that protective factors such as relationships, high expectations and significant involvement are the dimensions that can improve the resilience of students who have divorced parents. Distance is not a barrier to parents who do not stay with their children if the communication mediums such as phones and the internet are used to show care, convey parents’ expectations and build strong bonding with the children. The problem of divorce may never be totally dismissed from our society. However, the least we can do is to provide a conducive and functional environment which can make students from the divorced parents more resilient.
Institusi pendidikan tinggi kini berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dapat menjadi penyumbang kepada pasaran pekerjaan apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Pembentukan identiti kendiri yang proaktif sangat penting dan perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak universiti bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam pasaran global. Kajian ini bertujuan membuat perbandingan pembentukan identiti kendiri dalam kalangan pelajar tahun pertama dan tahun empat di universiti dengan bersandarkan kepada Teori Pembangunan Diri Chikerings (1969). Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai sembilan orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang terdiri daripada lima orang pelajar tahun pertama dan empat orang pelajar tahun akhir telah ditemu bual. Data diproses menggunakan perisian NVivo 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering adalah sesuai untuk digunakan bagi mengenal pasti pembentukan identiti kendiri pelajar tahun pertama dan tahun akhir. Oleh itu, teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam merangka aktiviti kurikulum dan kokurikulum pelajar dengan mengambil kira elemen pembangunan identiti diri pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering sesuai diaplikasikan untuk melihat pembentukan identiti kendiri pelajar. Dalam pengkelasan pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan Teori Pembangunan Diri Chikering, tujuh vektor tersebut boleh dibahagikan kepada dua tahap yang utama, iaitu tahap pertama pembentukan identiti kendiri pelajar terdiri daripada vektor 1 hingga vektor 4, manakala tahap kedua pembentukan identiti kendiri pelajar bermula dari vektor 5 sehingga vektor 7. Kajian ini diharap dapat membantu universiti untuk menjalankan aktiviti pembangunan pelajar dengan memfokuskan kepada pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan kepada dua tahap pembentukan identiti kendiri yang telah dikenal pasti.
Tujuan – Kajian ini dilakukan untuk menentukan pengaruh faktor pelindung dan kekuatan dalaman terhadap ketahanan diri akademik dalam kalangan murid dari ibu bapa bercerai. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi faktor pelindung dan kekuatan dalaman yang menjadi peramal yang berkesan bagi menentukan ketahanan diri akademik murid dari latar belakang ibu bapa yang bercerai. Metodologi – Kaedah penyelidikan gabungan (mixed-methods) antara kuantitatif dan kualitatif digunakan melalui pengumpulan data secara soal selidik dan temu bual ke atas murid tingkatan empat dari sekolah-sekolah yang terpilih di Kedah. Responden bagi soal selidik untuk kaedah kuantitatif terdiri daripada 46 orang murid tingkatan empat dari 19 buah sekolah di Kedah yang telah dikenal pasti sebagai murid dari keluarga yang ibubapa bercerai. Seterusnya untuk kaedah kualitatif pula seramai lima orang murid telah dipilih secara persampelan bertujuan mengikut keperluan kajian untuk ditemu bual berdasarkan status perkahwinan ibu bapa (bercerai). Kaedah triangulation digunakan untuk melihat kesepadanan antara data kuantitatif dan kualitatif agar dapatan kajian adalah lebih komprehensif. Dapatan – Dapatan kajian menunjukkan tahap faktor pelindung, kekuatan dalaman dan ketahanan diri murid adalah tinggi. Hasil temu bual menunjukkan faktor pelindung memainkan peranan yang lebih bagi meningkatkan ketahanan diri berbanding kekuatan dalaman. Semua murid yang ditemu bual mempunyai hubungan yang rapat dan menghargai perhubungan erat sama ada dalam kalangan adik beradik, kawan-kawan ataupun guru di sekolah. Signifikan – Hasil kajian membuktikan terdapat keperluan kritikal terutamanya bagi guru untuk memahami faktor-faktor pelindung yang mampu meningkatkan tumpuan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta ketahanan diri murid secara keseluruhannya dalam bidang akademik. Gabungan dapatan secara kuantitatif dan kualitatif telah menyediakan maklumat yang boleh digunapakai oleh guru-guru sebagai garis panduan dalam mengenal pasti langkah-langkah awal yang perlu diambil untuk menangani kesediaan murid untuk belajar jika berlaku perceraian.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.