Kajian berkenaan makalah ilmiah telah menarik minat ramai pengkaji dalam dan luar negara khususnya dalam bidang kontrastif retorik dan analisis genre. Di Malaysia, fokus kajian bidang retorik ialah periklanan, pengucapan awam, penulisan sastera dan umum, dan masih kurang kajian yang dijalankan tentang strategi retorik dalam penulisan ilmiah. Sehubungan itu, makalah ini membincangkan berkenaan strategi retorik dalam penulisan makalah ilmiah berbahasa Melayu dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan yang diterbitkan dalam jurnal yang diindeks oleh Scopus. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan analisis kandungan dan strategi retorik penulisan dianalisis bersandarkan kepada Teori Prinsip Kerjasama Grice (1975). Dapatan kajian memperlihatkan penulisan makalah ilmiah berbahasa Melayu yang dikaji tidak mematuhi sepenuhnya keempat-empat maksim yang disenaraikan dalam teori Grice. Kajian juga mendapati maksim relevan dan maksim cara dapat diserap ke dalam maksim kualiti dan maksim kuantiti. Dapatan ini memberi perspektif baharu kepada teori Prinsip Kerjasama Grice. Kajian ini telah membuktikan bahawa Prinsip Kerjasama Grice (1975) yang terdiri daripada empat maksim, iaitu maksim kuantiti, maksim kualiti, maksim relevan dan maksim cara boleh dimanfaatkan sebagai satu strategi retorik penulisan untuk menghasilkan penulisan makalah ilmiah yang baik. Makalah ini diharap dapat dijadikan panduan dalam menghasilkan penerbitan makalah yang berkualiti dan dapat diterbitkan serta diindeks dalam jurnal ilmiah berimpak tinggi.
Institusi pendidikan tinggi kini berhadapan dengan cabaran untuk menghasilkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga dapat menjadi penyumbang kepada pasaran pekerjaan apabila mereka memasuki alam pekerjaan. Pembentukan identiti kendiri yang proaktif sangat penting dan perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak universiti bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan dalam pasaran global. Kajian ini bertujuan membuat perbandingan pembentukan identiti kendiri dalam kalangan pelajar tahun pertama dan tahun empat di universiti dengan bersandarkan kepada Teori Pembangunan Diri Chikerings (1969). Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai sembilan orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang terdiri daripada lima orang pelajar tahun pertama dan empat orang pelajar tahun akhir telah ditemu bual. Data diproses menggunakan perisian NVivo 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering adalah sesuai untuk digunakan bagi mengenal pasti pembentukan identiti kendiri pelajar tahun pertama dan tahun akhir. Oleh itu, teori ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada institusi pengajian tinggi yang terlibat dalam merangka aktiviti kurikulum dan kokurikulum pelajar dengan mengambil kira elemen pembangunan identiti diri pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa Teori Pembangunan Diri Chikering sesuai diaplikasikan untuk melihat pembentukan identiti kendiri pelajar. Dalam pengkelasan pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan Teori Pembangunan Diri Chikering, tujuh vektor tersebut boleh dibahagikan kepada dua tahap yang utama, iaitu tahap pertama pembentukan identiti kendiri pelajar terdiri daripada vektor 1 hingga vektor 4, manakala tahap kedua pembentukan identiti kendiri pelajar bermula dari vektor 5 sehingga vektor 7. Kajian ini diharap dapat membantu universiti untuk menjalankan aktiviti pembangunan pelajar dengan memfokuskan kepada pembentukan identiti kendiri pelajar berdasarkan kepada dua tahap pembentukan identiti kendiri yang telah dikenal pasti.
Buku Linguistik Terapan daripada Perspektif Pengguna dan Penggunaanmengandungi 10 bab terpilih yang membincangkan isu-isu linguistik hasil penyelidikan daripada kepelbagaian sudut pandang disiplin bahasa dan linguistik seperti bidang semantik dan pragmatik, analisis wacana, psikolinguistik, sosiolinguistik dan terjemahan. Buku ini dihasilkan untuk memberikan pendedahan kepada pembaca berkenaan variasi bentuk penggunaan bahasa dengan kepelbagaian tujuan, medium penelitian, aspek tujahan serta data yang digunakan oleh pengguna. Tunjang kekuatan buku ini adalah dari segi cara penghujahannya yang diadun secara empirikal dan saintifik oleh peneliti dan pengkaji bahasa, sesuai dengan keperluan dan kehendak dunia penyelidikan linguistik terkini. Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan dan dimanfaatkan sebaiknya oleh pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umumnya untuk memahami perilaku penggunaan bahasa oleh pengguna secara nyata. Buku ini juga diharap dapat dijadikan pemangkin dan pencetus semangat kepada kumpulan penyelidik baharu yang baru hendak berjinak-jinak terjun ke dunia penyelidikan, dalam usaha memugar bahasa dari aspek pengguna dan penggunaan.
This study aimed to identify the level of 4C under the 21st century learning skills and to determine the impact of Edmodo’s application in enhancing 4C skills. A total of 15 Malay Language Management undergraduate students were selected as respondents for the study, along with the course lecturer and three peer reviews (among lecturers) were also involved in the study. Using qualitative approach, this study employed scholarship of teaching and learning (SoTL) research design during lessons in the 14-week semester. As reflection is the main element of SoTL, a thematic analysis was used to analyze data from the students, course lecturer and peer reviews reflections together with focus group interview. The preliminary findings illustrated that the level of 4C skills among undergraduate students are very weak. However, with intervention implemented by the course lecturer through Edmodo, students have managed to improve their level of 4C skills. From the reflections that reflect positive impact towards the usage of Edmodo, it was found that students were able to boost self-confidence, deliver relevant opinions, generate new ideas upon thinking critically and actively participate in the discussion. This study clearly indicates that the Edmodo is an effective alternative tool for educators to enhance 4C skills among students.
Buku Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa membincangkan isu-isu penggunaan bahasa dalam konteks yang pelbagai seperti matlamat kajian, medium penelitian sama ada lisan mahupun tulisan, bidang tujahan, variasi data yang diinterpretasikan dan dianalisis serta metodologi yang empirikal dan dinamik. Kekuatan buku ini ditunjangi dengan cara kepelbagaian kupasan data yang menyentuh aspek penggunaan bahasa yang mampu menterjemah idea, wahana dan buah fikiran sesebuah bangsa.Buku ini juga dihasilkan untuk memberi pendedahan kepada pembaca berkenaan kepelbagaian penggunaan bahasa dalam memahami ekspresi budaya yang menjadi prinsip dan pegangan sesuatu komuniti bahasa dalam membentuk identiti sesebuah bangsa. Buku ini diharap dapat memberikan gambaran dan informasi berguna terhadap penggunaan bahasa, yang akhirnya dapat dijadikan sumber rujukan pengkaji bahasa, pelajar dan masyarakat umum untuk menggunakan bahasa dengan baik dan berkesan.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.