Golongan B40 dan kurang berkemampuan seringkali ketinggalan dalam mendapatkan khidmat rawatan yang sewajarnya kerana faktor kesempitan kewangan mereka. Sedangkan mereka berhak mendapat kesejahteraan kesihatan yang sama seperti insan lain. Golongan ini kebanyakannya tidak berkemampuan kerana faktor kemiskinan itu menghalang mereka dari mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan yang memburukkan keadaan, golongan ini akan membiarkan penyakit yang ditanggung melarat sehingga memberi kesan kepada ekonomi pesakit itu sendiri dan juga pembangunan sosio-ekonomi negara. Antara akibatnya ialah pesakit akan hilang mata pencarian disebabkan penyakit yang tidak dapat dirawat dan ini akan menjejaskan ekonomi keluarga mereka, malah sudah tentu ia turut terkait kepada bebanan ekonomi negara kerana akhirnya ia akan menjadi tanggungan kerajaan juga akhirnya. Pengkaji berpendapat filantrofi Islam memainkan peranan penting dalam memperbaiki ekonomi negara melalui susun atur pengurusan tadbir urus dan pengembangan dana Islam secara sistematik untuk disalurkan kepada yang memerlukan. Dana seperti wakaf, zakat, sedekah, hibah dan wasiat dapat memanfaatkan ummah dan khususnya golongan asnaf dan B40. Oleh itu menjadi satu tuntutan yang tinggi untuk mewujudkan model filantrofi Islam untuk kesejahteraan kesihatan asnaf dan golongan B40. Ini sekaligus akan mencapai matlamat kesejahteraan kesihatan dan kehidupan selaras dengan matlamat kelestarian yang mampan (Sustainable Development goal). Oleh itu, kajian ini bertujuan mencadangkan Model Filantrofi Islam Kesejahteraan Kesihatan Asnaf dan B40 dengan membangunkan Pusat Sehenti Rehabilitasi dan Rawatan Kesihatan (PSRR). Kajian ini adalah kertas konsep dan merupakan kajian kualitatif dari kaedah analisis kandungan. Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu meringankan beban peningkatan kos sara hidup dan kos kesihatan yang tinggi kepada golongan asnaf dan B40, meningkatkan kesejahteraan kesihatan rakyat dan sekaligus membantu mengurangkan tanggungan ekonomi negara. Keywords: Asnaf dan B40; Kesejahteraan Kesihatan; Model Filantrofi Islam
Everyone should know the law. Irrespective of your background, the law presumes that you should know the law. This is incompatible with the maxim "Ignorance of Law is No Defence". Despite this maxim, there seems to be a significant number of individuals who appear to be in the dark with some basic laws in this country. This writing discovers whether teachers in public schools in Melaka know of one basic law namely the rules of natural justice (RNJ) before any action is taken against them because of disciplinary issues, misconduct or breach of rules and others. This doctrinal writing is delivered based on library research collecting secondary data from academic text books, online journals and reported cases. Topping that up were the surveys collected online amongst 126 teachers from three districts in Melaka making this study also empirical in nature. The finding of this study was also gathered from cases brought to courts in relation to teachers and it indicates that there is still room for improvement for managing the RNJ application in decision making in schools. The outcome of this study provides guidelines for the State Education Department to strategize a mechanism to convey the rules to teachers in Melaka so that they will be aware of their rights and responsibilities. It also serves as a path for researchers to further discover the status for teachers in other states as well as identifying other aspects relating to this law.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2020, jumlah ibu tunggal di Malaysia direkodkan hampir mencecah 1 juta orang. Ibu tunggal ini berhadapan dengan cabaran seperti ketidakstabilan ekonomi, urusan tuntutan hak selepas perceraian dan stigma masyarakat. Kesan penceraian ini menggugat kesejahteraan hidup wanita dan anak yang membesar tanpa ayah yang turut menyebabkan tekanan emosi. Masalah utama yang dihadapi adalah kekeliruan dalam mengambil langkah awal selepas berlakunya perceraian. Kebanyakan ibu tunggal tidak jelas kepada siapakah mereka mahu mengadu dan organisasi manakah yang patut dirujuk untuk menyelesaikan urusan berkaitan tuntutan hak mereka dan meneruskan kelangsungan hidup pasca perceraian. Ini adalah kerana, tidak terdapat satu panduan seperti senarai semak sebagai rujukan yang menyeluruh untuk membantu para ibu tunggal ini. Malah kebiasaannya, Jabatan Agama Islam lebih memfokuskan kepada perbincangan isu pembahagian harta dan hak selepas penceraian secara umum sahaja. Malah ketiadaan rujukan dalam bentuk senarai semak sebagai panduan dan langkah awal yang membimbing para ibu tunggal, menyukarkan mereka menguruskan tuntutan dan kehidupan selepas perceraian. Oleh itu kajian ini membina satu kit yang dinamakan Kit BanTow yang bermaksud “Bantu anak tolong wanita”. Kit ini mengandungi senarai semak hak-hak yang boleh dituntut oleh ibu tunggal dan senarai organisasi-organisasi penting berkaitan yang dilengkapi dengan QR Code supaya rujukan terus boleh dibuat. Objektif kit ini adalah pemudah cara dalam membantu dan membimbing wanita memulakan tuntutan selepas penceraian. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan perbincangan kumpulan berfokus dan temubual separa berstruktur dengan pihak-pihak di organisasi yang berkaitan secara langsung dalam hal ehwal hak-hak wanita selepas perceraian. Manakala pemilihan informan adalah berdasarkan pensampelan bertujuan iaitu di kalangan ibu tunggal dengan kaedah temubual separa berstruktur. Keistimewaan Kit Ban Tow ini selain memudahkan ibu tunggal merujuk dalam mengambil tindakan awal, ia turut membantu Jabatan Agama Islam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan para kaunselor dalam menyampaikan informasi dan membimbing para ibu tunggal. Ia bermanfaat membantu ibu tunggal memulakan langkah awal sebagai rujukan pasca penceraian dan ia turut memberi sinar harapan kepada ibu tunggal kerana ia dilengkapi dengan hak-hak yang boleh dituntut dan mengandungi maklumat organisasi berkaitan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan pasca perceraian. Keywords: Hak Wanita; Pasca perceraian; Garis panduan
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.