The advanced system of technology has brought the society into a new era that makes everything necessary for technology. Various mobile game appplication have emerged nowadays due to the development of technology whether used in the context of entertainment or education. The use of mobile applications in teaching and learning can improve the students’ undersatnding in a particular subject. Therefore, the objective of this study is to discuss the use of mobile game applications in the context of teaching and learning. The study also will suggest one Global Zakat Game (GZG) mobile gaming application that can be used in teaching and learning. This study uses a qualitative approach consisting of documentation and interview method. The finding of the study shows that GZG application can be used as teaching aids among teachers and students. Further studies on the effectiveness of using GZG mobile gaming application can be conducted in order to further enhance the features of the application that have been developed. Abstrak Sistem teknologi yang semakin canggih telah membawa masyarakat ke satu zaman baharu yang menjadikan semua perkara memerlukan kepada teknologi. Pelbagai aplikasi permainan mudah alih telah muncul dewasa ini disebabkan perkembangan teknologi sama ada digunakan dalam konteks hiburan atau pendidikan. Penggunaan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Justeru, objektif kajian adalah untuk membincangkan penggunaan aplikasi permainan mudah alih dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga akan mencadangkan satu aplikasi permainan mudah alih Global Zakat Game (GZG) yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dan temubual . Hasil kajian mendapati aplikasi GZG boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian lanjutan keberkesanan penggunaan aplikasi permainan mudah alih GZG terhadap pelajar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi ciri-ciri aplikasi yang telah dibangunkan.
Gamification is a part of teaching aids based on flexible education relevant to the current 21st Century Learning. This study aimed at assessing the effectiveness of the Global Halal Game (GHG) in education. The use of quantitative method involved the distribution of questionnaires to 43 respondents who participated in the Professional Halal Training Programme – Certificate of Professional Halal Executive (PHEP) 2018. In general, this study found that the effectiveness level of GHG in education was good. The result of the study can also become a benchmark for the development of gamification-based innovation product, which can improve and enhance other innovation products in fields that are less emphasised. This can benefit the Muslim community, in particular, and the public, in general.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada masa kini semakin mendapat tempat di setiap sektor di Malaysia. Kepesatan pembangunan telah menjadikan ICT itu satu keperluan dalam kalangan orang ramai. Masyarakat tidak kira golongan normal mahupun Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan dalam menggunakan perkhidmatan ICT yang kian meluas ini. Masyarakat lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan ICT seperti internet, melakukan transaksi jual beli atas talian (online), melakukan kerja dari rumah (Work From Home) dan proses pembelajaran dari rumah sewaktu PdP. Arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan telah menyebabkan keterbatasan dalam sektor pendidikan untuk beroperasi secara biasa (bersemuka) dan menjadikan pembelajaran secara dalam talian sebagai medium gantian. Namun begitu, timbul persoalan tentang bagaimanakah golongan OKU ini menggunakan medium pengantaraan ICT atau kaedah PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 untuk meneruskan sesi pembelajaran mereka. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu yang dihadapi oleh golongan OKU dan institusi pendidikan dalam menggunakan kaedah PdP secara maya dalam proses PdP sewaktu COVID-19. Kajian kualitatif ini akan menggunakan kaedah dokumentasi, temu bual dan pemerhatian dalam mencapai objektif yang ditetapkan. Hasil kajian mendapati bahawa isu utama yang perlu ditempuhi oleh golongan OKU adalah komitmen daripada para pelajar sendiri serta komitmen ibu bapa dalam memantau pembelajaran anak istimewa mereka. Manakala, cabaran yang dihadapi oleh sesebuah institusi pendidikan adalah untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi melaksanakan PdP secara dalam talian sewaktu COVID-19 terhadap pelajar daripada golongan OKU. Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada institusi pendidikan dalam menambah baik proses PdP bagi pelajar OKU sewaktu bencana berlaku seperti COVID-19 ini.
Mutakhir ini, sistem kewangan Islam di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan jayanya. Terdapat pelbagai produk kewangan Islam yang telah berjaya dibangunkan untuk memenuhi kehendak masyarakat Islam di Malaysia. Produk-produk yang diperkenalkan oleh institusi kewangan Islam ini adalah berasaskan kontrak dan prinsip muamalat Islam contohnya seperti mudharabah, wakalah, ijarah, kafalah, musyarakah dan pelbagai lagi. Dalam menghadapi perkembangan produk kewangan Islam yang kian meluas, timbul isu mengenai pelaksanaan kontrak muamalat ini dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) sama ada ia dibenarkan dari segi hukum syarak atau sebaliknya. Justeru itu, objektif kajian ini, adalah untuk menganalisa kesesuaian kontrak muamalat dalam kalangan OKU menurut perspektif hukum syarak. Memandangkan golongan ini terbahagi kepada beberapa kategori, kajian ini akan memfokuskan kepada kategori buta sahaja. Kajian ini berbentuk kualitatif meliputi kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian ini mendapati bahawa pelaksanaan kontrak muamalat oleh golongan OKU Buta dalam sistem kewangan Islam secara umumnya adalah dibolehkan menurut pandangan majoriti fuqaha' dengan syarat menepati ketetapan yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada ahli akademik, para pelajar dalam bidang kewangan Islam, institusi bukan kerajaan dan agensi kerajaan bertanggungjawab mendepani isu-isu berkaitan. Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap beberapa lagi kategori yang lain contohnya seperti pekak, bisu, kurang upaya fizikal dan sebagainya dalam rangka untuk memahami realiti dan permasalahan muamalat dalam sistem kewangan Islam dengan lebih terperinci.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.