The advanced system of technology has brought the society into a new era that makes everything necessary for technology. Various mobile game appplication have emerged nowadays due to the development of technology whether used in the context of entertainment or education. The use of mobile applications in teaching and learning can improve the students’ undersatnding in a particular subject. Therefore, the objective of this study is to discuss the use of mobile game applications in the context of teaching and learning. The study also will suggest one Global Zakat Game (GZG) mobile gaming application that can be used in teaching and learning. This study uses a qualitative approach consisting of documentation and interview method. The finding of the study shows that GZG application can be used as teaching aids among teachers and students. Further studies on the effectiveness of using GZG mobile gaming application can be conducted in order to further enhance the features of the application that have been developed. Abstrak Sistem teknologi yang semakin canggih telah membawa masyarakat ke satu zaman baharu yang menjadikan semua perkara memerlukan kepada teknologi. Pelbagai aplikasi permainan mudah alih telah muncul dewasa ini disebabkan perkembangan teknologi sama ada digunakan dalam konteks hiburan atau pendidikan. Penggunaan aplikasi mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami sesuatu subjek. Justeru, objektif kajian adalah untuk membincangkan penggunaan aplikasi permainan mudah alih dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga akan mencadangkan satu aplikasi permainan mudah alih Global Zakat Game (GZG) yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang meliputi kaedah dokumentasi dan temubual . Hasil kajian mendapati aplikasi GZG boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam kalangan guru dan pelajar. Kajian lanjutan keberkesanan penggunaan aplikasi permainan mudah alih GZG terhadap pelajar boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan lagi ciri-ciri aplikasi yang telah dibangunkan.
Faraid merupakan sebuah sistem pengurusan harta selepas kematian yang dianjurkan oleh Islam. Di Malaysia, bidang kuasa hal ehwal Islam termasuk pengurusan harta pusaka adalah terletak di bawah kuasa pentadbiran negeri. Walau bagaimanapun, sistem pengurusan harta pusaka pada masa kini dilihat masih memerlukan kepada penambahbaikan dan transformasi dari sudut pengurusan dan pentadbirannya. Anggaran sebanyak 60 Bilion harta masih belum dituntut disebabkan oleh kesedaran masyarakat tentang pengurusan harta pusaka masih lagi di tahap yang rendah di samping kekeliruan dengan wujudnya pelbagai agensi yang menguruskan harta pusaka. Justeru, pembangunan model pusat sehenti pengurusan harta pusaka atau FOSC (Faraid One-Stop Centre) ini merupakan sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka dengan lebih efisien dan kondusif. Model pusat sehenti pengurusan harta pusaka (FOSC) ini menyatukan semua agensi-agensi yang terlibat dengan pengurusan harta pusaka di bawah satu pusat bagi memudahkan pengurusan harta pusaka. Model FOSC terdiri daripada lima agensi iaitu Faraid USIM Consultant (FUSACA), Bahagian Harta Pusaka Kecil, Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Guaman & Perunding. Faraid USIM Consultant (FUSACA) dijadikan agensi yang berperanan penting dalam membuat keputusan dan memberi khidmat nasihat kepada pelanggan. Manakala, Bahagian Harta Pusaka Kecil sebagai agensi yang merekod kes yang dipohon dan diselesaikan dan Amanah Raya Berhad merupakan agensi yang menguruskan hal yang melibatkan harta alih dan mengeluarkan Akuan atau Arahan bagi harta alih. Majlis Agama Islam Negeri menyediakan khidmat pengiraan jumlah nilaian dan bahagian harta pusaka dan Agensi Guaman & Perunding sekiranya pelanggan memerlukan khidmat peguam atau nasihat. Model FOSC ini boleh menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berwajib berkaitan harta pusaka dalam mewujudkan pusat sehenti di negeri masing-masing. Model FOSC ini juga amat diyakini dapat memperkasakan pengurusan harta pusaka di Malaysia dan secara langsung dapat memudahkan masyarakat menguruskan harta pusaka secara mudah dan sahih.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.