Perkembangan pesat sains dan teknologi mencakup pelbagai disiplin, termasuklah penterjemahan audiovisual. Dalam bidang penterjemahan audiovisual ini, penterjemahan humor kerap dinilai bermasalah. Jelas Chiaro ( 2008), isu kebolehterjemahan humor dikekang oleh permasalahan bahasa dan budaya masyarakat yang berbeza. Memandangkan humor bersifat relatif, penyampaian, kefahaman dan penerimaannya adalah rencam. Dalam konteks audiovisual pula, penyampaian sesuatu mesej (humor) tidak hanya bergantung pada makna semantik dialog semata-mata; sebaliknya pembinaannya dilatari oleh empat mod teras secara serentak, iaitu bunyi, muzik, imej dan bahasa (Pérez-González, 2014a). Keadaan ini ternyata merumitkan tugas penterjemah audiovisual bagi menentukan strategi terjemahan yang bersesuaian. Seiringan dengan itu, kajian ini bertujuan membincangkan fenomena strategi penyarikataan humor secara komprehensif. Bagi tujuan ini, filem Marvel Deadpool yang disari kata ke dalam bahasa Melayu oleh ASTRO GO telah dipilih sebagai korpus kajian. Berdasarkan Taksonomi Humor Martínez-Sierra ( 2006) dan kaedah analisis Zolczer (2016), analisis perbandingan elemen humor dalam teks sumber dan sasaran telah dijalankan. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat tiga strategi terjemahan utama, iaitu Diterjemah, Tidak Diterjemah dan Ditambah. Secara rinci, strategi terjemahan Deadpool dikelaskan kepada lapan perincian, iaitu Diterjemah-Kekal (Berjaya), Diterjemah-Kekal (Gagal), Diterjemah-Berubah (Berjaya), Diterjemah-Berubah (Gagal), Tidak Diterjemah (Memadai), Tidak Diterjemah (Gagal), Ditambah (Berjaya) dan Ditambah (Gagal). Selain pemerian pola strategi, dapatan kajian turut dibandingkan dengan perbahasan konseptual bagi menjelaskan fenomena terjemahan humor secara lebih menyeluruh.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.