Abstrak: Kawasan perumahan yang diduduki di Puchong, Selangor telah terjejas teruk oleh geobencana berganda iaitu hakisan sub-permukaan, pemendapan tanah dan kegagalan cerun tambakan. Kejadian geobencana berganda ini mula disedari penduduk apabila dinding penahan dan jalan raya di atasnya yang disempadani benteng cerun sebelah hujung selatan, telah runtuh pada Mei 2011. Tembok penahan dan jalan yang runtuh berkaitan telah dibaik-pulih dan digunakan semula sekitar Ogos-September 2011. Walau bagaimanapun, pergerakan tanah (menegak dan mendatar) masih terus berlaku. Retakan tegangan baharu mula muncul di kaki lima jalan raya dan merebak secara meluas hingga ke dalam rumah-rumah dan struktur tegar yang lain. Tanda-tanda tegasan lain, seperti pemendapan permukaan jalan, tiang lampu condong, kolam ikan bocor dan pembentukan retakan pada dinding semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kajian geologi dan kajian geofizik telah dijalankan pada bulan Februari 2012 atas permintaan persatuan penduduk. Pemetaan lapangan melibatkan cerapan di permukaan dan tertumpu kepada pemetaan tanda-tanda pergerakan dan kerosakankerosakan lain. Berdasarkan maklumat literatur dan cerapan lapangan, geologi bahan tambakan yang digunakan terdiri daripada campuran tanah dan bongkah/blok batuan pelbagai saiz dan bentuk yang menyerupai Formasi Kenny Hill, seperti kuarzit, meta-batupasir, filit dan meta-batu lumpur. Kajian keberintangan elektrik juga dijalankan di kawasan perumahan.Tafsiran imej satelit Google Earthtelah dijalankan untuk mengesan perubahan geomorfologi dan topografi sepanjang kerja penyediaan dan pembinaan tapak perumahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan perumahan tersebut dibina di atas sebuah lembah yang ditambak dan menutupi dua alur sungai. Kewujudan alur sungai bawah tanah digambarkan dalam keratan pseudo-seksyen keberintangan elektrik. Kesimpulannya, kejadian geobencana berganda di kawasan perumahan ini adalah berpunca daripada kesilapan dan kejahilan manusia. Platform stabil dan rata untuk kawasan perumahan atau sebarang struktur kejuruteraan kekal yang lain, tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya dengan hanya melambakkan batuan dan bahan bumi untuk menutupi sesebuah lembah yang bersungai. Aliran sungai semula jadi sepatutnya dialihkan dengan betul atau disediakan dengan sistem saliran sub-permukaan sebelum kerja-kerja tambakan untuk mengelakkan risiko geobencana yang tidak diingini. Kajian kes ini memberikan satu pengajaran yang berharga bahawa pengetahuan asas geologi amat penting apabila bekerja melibatkan bahan bumi air, batu dan tanah. Kata kunci: Geobencana berganda, hakisan sub permukaan, tanah mendap, kegagalan cerunAbstract: A residential area in Puchong Selangor has been badly affected by multiple geohazards, i.e. sub-surface erosion, ground settlement and embankment slope failure. The multiple geohazards incident was first noticed by the residents when the retaining wall and the associated road which bordered the southern end of the area had collapsed in May 2011. The collapsed retaining wall and...
Lineaments play an important role in the stability of structures such as slopes, foundations, dams and buildings. Identification of the presence of lineament is important especially at planning and construction stage to enable mitigation measures/controls can selected earlier. The combined techniques of satellite image downloaded from Google Earth interpretation and electrical resistivity survey can assist in the identification and verification process of lineament structures. In this study, interpretation of lineament was done using satellite images Google Earth in the laboratory. Orientation and position of every lineament was determined accurately in the field. Electrical resistivity survey was conducted using Wanner configuration that cross the lineament in the field. The electrical resistivity results showed the presence of lineament structural in the pseudo section and prove the effectiveness of combination of both techniques to detect and confirm the presence of structural lineament.
Suatu kajian kes telah dilakukan di Taiping untuk melihat, menilai dan mengupas isu-isu teknikal dan realiti serta peranan geologis dalam aktiviti dan proses pembangunan di kawasan berbukit. Pembangunan di kawasan berbukit selalunya berasosiasi dengan geobahaya kegagalan cerun atau tanah runtuh. Kajian ini bermula daripada aduan seorang pemilik rumah yang bimbang dengan keselamatan rumah mewahnya yang terletak terlalu hampir dengan cerun yang tampak berbahaya. Kajian geologi kejuruteraan cerun telah dilakukan melalui satu kajian lapangan yang ringkas. Kewujudan geobahaya dan risiko geobencana telah dinilai secara kualitatif melalui cerapan lapangan dan rekod bergambar kejadian geobencana terdahulu. Cerun yang dikaji terdiri daripada cerun potongan pada jasad batuan granit terluluhawa tinggi yang dipotong oleh ketakselanjaran relikta. Analisis kinematik terhadap data ketakselanjaran relikta mengesahkan keadaan cerun tidak stabil dan berpotensi untuk gagal dalam bentuk baji, satah dan/atau terbalikan. Hasil analisis ini disokong oleh kewujudan parut-parut kegagalan berskala kecil dan bongkah-bongkah batuan yang terkumpul di kaki cerun. Walaupun cerun telah dipasang dengan struktur jaringan wayar keluli, namun kaedah pemasangan dan rekabentuknya ternyata tidak menepati spesifikasi kejuruteraan yang sewajarnya. Keadaan bertambah buruk apabila di bahagian atas cerun tersebut terdapat sebuah lagi projek mewah sedang rancak berjalan, yang mengubah keadaan fizikal dan geomorfologi cerun bukit. Walaupun telah wujud pelbagai peraturan, garis panduan dan akta bagi mengawal pembangunan di kawasan berbukit, realiti sebenarnya yang berlaku amat sedih dan mengecewakan. Pelbagai persoalan timbul tentang bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku? Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh professional dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam hal seperti ini? Yang pastinya, ahli geologi perlu berperanan secara lebih proaktif dalam meningkatkan tahap prefesionalisma dan kesedaran awam tentang aspek geobahaya dan risiko geobencana. Ahli geologi juga sewajarnya diberi kuasa yang lebih untuk mengawal aktiviti pembangunan di kawasan berbukit dan berisiko geobencana.
Electrical Resistivity Imaging (ERI) is an in-situ geophysical method widely used in environmental, engineering and hydrogeological explorations due to cost, time, and data coverage efficiency. Traditionally, geotechnical parameters such as discontinuities properties are obtained from rock samples acquired from a borehole. However, it only provides a single information point, costly and time-consuming. Thus, an approach using electrical resistivity to detect the presence of geological structure in a rock mass is an alternative method that can be applied. Discontinuities in rock mass include joints, bedding planes, blasting cracks, fractures, faults, and folds. This paper aims to present the utilisation of geoelectrical resistivity imaging for geological structures mapping in rock mass based on the review from previous research. The Electrical Resistivity Imaging (ERI) method is an effective tool to obtain structural differentiation of geological medium by interpreting 2D and even 3D electrical resistivity models. Electrical Resistivity Imaging (ERI) is an automated data acquisition system, inversion codes, non-invasive and user-friendly. The raw data received from data acquisition was analysed using Res2DINV software. The data inversion was done by applying the robust method and finite element grid to accommodate the steep topography. The data interpretation included numerical modelling to assess the suitability of all used electrode arrays in relation to the geological setting.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.