Kelestarian kesejahteraan psikologi masyarakat merupakan wacana penting pasca pandemik Covid-19. Impak pandemik ini menyebabkan indeks kesejahteraan psikologi Malaysia berada pada tahap sederhana dengan skor keseluruhan 7.2. Sehubungan dengan itu, inisiatif bagi mengawal kelestarian kesejahteraan psikologi giat diusahakan pelbagai pihak. Kualiti emosi, kepuasan hidup, kefungsian psikologi dan keupayaan berinteraksi dengan persekitaran merupakan sebahagian indikator utama tahap kesejahteraan psikologi. Justeru, kajian ini mengemukakan analisis perspektif hadis terhadap praktik al-tafakkur generasi salaf dalam memelihara kelestarian kesejahteraan psikologi. Kajian berbentuk aplikasi teori ini, digarap berasaskan metode kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati praktik al-tafakkur oleh generasi salaf seperti Ibn ‘Abbās, Abū Dardā’, Sufyān al-Thawrī dan Abū Sulaymān al-Dārānī RA mengandungi teladan terbaik dalam memelihara kesejahteraan psikologi. Kesimpulannya, adunan kombinasi praktik al-tafakkur generasi salaf sesuai digunakan sebagai mekanisme komplementari kawalan kesejahteraan psikologi masyarakat.
Revolusi Industri 4.0 berkait rapat dengan kemajuan teknologi digital, Internet atau siber. Fenomena ini memerlukan tindakan pantas daripada semua pihak dan sejajar dengan perkembangan pesat produk teknologi dan sistem automasi yang lebih pintar. Untuk mengatasi hal ini, bidang hadis nabawi juga dikembangkan melalui pembangunan laman sesawang, perisian, buku digital, dan aplikasi ICT yang berkaitan dengan hadis. Media ini terus dikembangkan dan ditingkatkan seiring dengan kemajuan teknologi. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetengahkan trend dan tema penyelidikan hadis yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan secara kualitatif. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah carian berdasarkan kata kunci dalam pangkalan-pangkalan data di Internet. Analisis kandungan secara deskriptif diaplikasikan untuk mengenal pasti trend dan tema kajian hadis berasaskan teknologi maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa trend penyelidikan hadis berkaitan dengan teknologi maklumat dan digital tertumpu pada enam aspek; bahan rujukan hadis dalam bentuk ebook dan PDF, aplikasi dan perisian, laman sesawang, sistem pengajian hadis berasaskan e-learning, makmal ICT bagi pengajian hadis, dan penyebaran hadis di media sosial. Kesimpulannya, kajian bidang hadis berdasarkan teknologi maklumat dan digital perlu dikembangkan lebih jauh agar mampu memberikan impak besar kepada kesarjanaan hadis dan mekanisme penyebaran ilmu yang berkualiti dan berkesan.
The term of jihad has a significant role in the formation of Islamic identity, politics, and nations. For example, the Malay World during the colonial or pre-independence, has created the momentum among community to break free from the colonial at the time. This spirit was injected with elements of jihad through the advice of scholars, graduates returning from the middle east who brought the spirit of independence and through writing. Among the writings that may have a role in explaining jihad among the Malay community is Baḥr al-Mādhī [1924-1960]. This article will analyse on the representation of jihad and warfare term in the Baḥr al-Mādhī, a book written by Muḥammad Idrīs al-Marbawī [1896-1989]. It can be considered as one of the greatest masterpieces of Malay Muslim scholar in the twentieth century. It was composed as a commentary to the hadith in Jāmi‘ al-Tirmidhī and have been written in Malay language. This article also analyses al-Marbawi’s contribution to Malay community understanding jihad in pre independence period of Malaysia through his commentary and translation of the hadith of jihad in Baḥr al-Mādhī. This study applied qualitative study, data collected by library research and analysed by document analysis methodology. Study found that, the Baḥr al-Mādhī by Muḥammad Idrīs al-Marbawī has played a major role in the understanding of jihad among Malays in pre-independence period. This book symbolizes the local wisdom of the Malay community at the earliest time. This contribution can be understood through the background of the writing of this book, its wide pertinence into society and the content of jihad in it.[Konsep jihad mempunyai peran signifikan dalam pembentukan identitas keislaman, politik dan kebangsaan. Misalnya seperti dunia Melayu pada masa kolonial atau pra kemerdekaan dimana sarjana muslimnya yang pulang dari belajar di Timur Tengah mendorong masyarakatnya berjuang melawan kolonialisme dan menuntut kemerdekaan melalui tulisan mereka. Salah satu tulisan yang menerangkan konsep jihad dalam masyarakat Melayu adalah Baḥr al-Mādhī. Artikel ini menjelaskan konsep jihad dan perang dalam karya Baḥr al-Mādhī, satu karya terbaik sarjana muslim Melayu abad 20, yang ditulis oleh Muḥammad Idrīs al-Marbawī (1896-1989). Karya ini merupakan komentar terhadap kitab hadist Jāmi‘ al-Tirmidhī yang ditulis dalam bahasa Melayu. Artikel ini juga membahas kontribusi penting al-Marbawī dalam menjelaskan jihad dalam masyarakat Melayu masa pra kemerdekaan. Dengan studi literatur dan analisis dokumen terkait, artikel ini menunjukkan bahwa karya al-Marbawī merupakan simbol dari kearifan lokal masyarakat Melayu pada masa awal. Kontribusi pentingnya terlihat dari luasnya pengaruh dan pendalaman pemahaman tentang jihad di masyarakat Melayu saat itu.]
Shamanism is a term in anthropology that refers to activities related to charmers, shamans, and witchcraft. Shamanism is a form of belief and practice performed by individuals who are considered to have power and influence over supernatural elements and supernatural beings. Ethnicities and races in this country also have various beliefs and practices of shamanism, including indigenous ethnicities who are Muslim in the Pitas district, Sabah. Therefore, this study aims to identify the form of belief and practice related to shamanism found among them. The data was collected based on the interview method. A total of seven informants were involved in a series of interviews. The informants consist of senior citizens and local community figures. This research found that the belief and practice of shamanism still exists and is practised among Muslims in Pitas, Sabah. A few community members are involved in shirk, superstition, and superstition, such as worship rituals, black magic, and others. Therefore, this issue needs to be considered by various parties, especially religious agencies, including JAHEINS, community leaders, and preachers, to maintain the sustainability of the authentic faith. Shamanism merupakan istilah dalam bidang antropologi yang merujuk kepada aktiviti berkaitan dengan pawang, dukun dan perbomohan. Shamanism ialah satu bentuk daripada kepercayaan dan amalan yang dilakukan oleh individu yang dianggap memiliki kuasa dan pengaruh terhadap anasir ghaib dan makhluk supernatural. Etnik dan bangsa di negara ini turut memiliki pelbagai kepercayaan dan amalan shamanism, termasuk etnik-etnik peribumi yang beragama Islam di daerah Pitas, Sabah. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan ialah suatu usaha untuk mengenal pasti bentuk kepercayaan dan amalan berhubung shamanism yang terdapat dalam kalangan mereka. Data-data dikumpulkan berdasarkan metode temu bual. Seramai tujuh orang informan terlibat dalam beberapa siri wawancara. Para informan terdiri daripada warga emas dan tokoh-tokoh masyarakat tempatan. Hasil penelitian mendapati bahawa kepercayaan dan amalan shamanism masih wujud dan dipraktikkan dalam kalangan warga Muslim di Pitas, Sabah. Segelintir anggota masyarakat terlibat dengan perkara syirik, khurafat dan tahayul, seperti ritual pemujaan, black magic dan lain-lain. Oleh yang demikian, isu ini perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak, khususnya agensi agama, termasuk JAHEINS, pemimpin masyarakat dan pendakwah demi menjaga kelestarian akidah yang sahih.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.