This article is taking a conceptual approach to establish the relationship between organizational culture, leadership and social media content on internal crisis communication. The concept of internal crisis communication is relatively new, therefore the article will explore the stage of development of the concept and its contrast with other related concepts. Moreover, Complexity Theory will underpin the study to understand the consequences of minor signals that trigger Internal Crisis Communication. The paper finally offered a framework to guide public relations practitioners on the implications of Internal Crisis Communication on employee performance.
Kehadiran "YouTube" hari ini memberikan ruang generasi muda Islam mencari maklumat agama dalam "YouTube". Pencarian maklumat ini memberi persepsi kepercayaan yang berlainan kepada generasi muda ini terutama kelahiran maklumat 'Ustaz YouTube' yang menyampaikan maklumat agama yang tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis maklumat agama yang dilayari dalam "YouTube" dan mengenal pasti persepsi kepercayaan "YouTube" sebagai sumber maklumat agama. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif. Pendekatan yang digunakan adalah temubual kumpulan fokus terhadap empat kumpulan yang terdiri daripada 31 pelajar Universiti Utara Malaysia beretnik Melayu dan beragama Islam serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan agama. Soalan yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk soalan terbuka dan analisis kajian ini menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa lapan informan sesi 1 melayari "YouTube" maklumat agama Islam berkaitan hukum-hukum dalam Islam, ceramah, tokoh-tokoh Islam, isuisu semasa, solat dan tanda-tanda kiamat. Empat informan sesi 2 melayari "YouTube" berkaitan maklumat ceramah, zikir dan solat. Informan sesi 3 pula selalu melayari "YouTube" berkaitan sejarah Islam termasuk kisah-kisah nabi, isu-isu semasa, hukum-hukum dalam Islam, ceramah dan soal jawab agama di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid dan kartun berunsurkan Islamik. Tujuh informan sesi 4 melayari "YouTube" mencari maklumat hukum-hukum dalam islam, tajwid al-quran, motivasi, ceramah, isu-su semasa, ilmu perbandingan agama, zikir, di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid berunsurkan Islamik. Majoriti informan setiap sesi kumpulan fokus melayari maklumat agama berbentuk pendidikan dan hiburan. Dari segi kepercayaan "YouTube" sebagai sumber maklumat agama, rata-rata informan setiap sesi kumpulan fokus menyatakan bahawa rujukan guru agama yang mempunyai pendidikan agama, kredibiliti penceramah agama menyampaikan mesej agama dan penyelidikan atau kajian mendalam kandungan maklumat tersebut adalah asas penting untuk memastikan kesahihan maklumat agama di "YouTube".
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.