ABSTRAK:Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena peluasan makna kata yang terhasil kesan kekreatifan pengguna bahasa memanipulasi pengguna sesuatu kata. Dengan menjadikan teori semantik kognitif sebagai sandaran, kajian ini telah meneliti peluasan makna kata payung yang digunakan dalam pelbagai keadaan sehingga menyerlahkan makna baharu yang berpotensi untuk didokumentasikan dalam kamus umum seperti Kamus Dewan. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis teks yang telah diperbaharui dengan elemen linguistik terkomputasi (linguistik korpus). Melalui kaedah ini, pengkaji telah menganalisis penggunaan kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp (dengan jumlah sebanyak 437 kata) dan dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 117 045 kata. Berdasarkan status sumber, kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp diambil daripada pelbagai sumber dengan carian .my (lingkungan carian Malaysia), khususnya di laman sosial (carian google, Facebook, blogspot dll), manakala kata payungyang diperoleh dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka pula diambil daripada subkorpus akhbar, buku, majalah, teks sasteradan kertas kerja. Berdasarkan selisikan, makna sebenar payung ialah alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Namun kini, maknakata payung telah meluas kepada makna baharu yang jauh menyimpang dari makna asal. Berdasarkan dapatan kajian, kata "payung" telah mengalami peluasan makna kepada makna baharu iaitu (i) belanja, (ii) tunjuk, (iii) intai dan (iv) konsep pemasaran bersepadu. Melalui kajian ini, makna payung berdasarkan penggunaan semasa dapat difahami dengan lebih jelas dan berpada. KATA KUNCI: Peluasan makna, pengguna Bahasa Melayu, Analisis Semantik Kognitif PENGENALANPerkembangan ilmu sains dan teknologi turut mempengaruhi cara manusia berkomunikasi. Komunikasi bermula secara lisan kemudian berkembang kepada sistem tulisan sehingga terbentuknya komunikasi bertulis. Sejajar dengan perkembangan komunikasi, maka tradisi komunikasi tulisan juga semakin berkembang. Komunikasi tulisan bermula dari penggunaan daun, medium kertas dan yang terkini komunikasi dalam talian. Perkembangan komunikasi dalam talian ini telah memperlihatkan fenomena baharu, di mana ia telah mempengaruhi corak komunikasi, pemilihan dan penggunaan kata dalam kalangan pengguna bahasa Melayu khususnya.Dalam arus globalisasi kini, telah berlaku perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat. Maka tidak hairanlah penggunaan internet sudah semakin meluas dalam komunikasi seharian, khusunya yang melibatkan penggunaan media sosial. Zaman teknologi ini telah mewujudkan pelbagai
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.