Despite the increasing numbers of hydro-dam worldwide, only a handful of studies evaluated their impacts on biodiversity especially terrestrial small mammals. This survey aimed to provide an updated checklist and diversity status of small mammals inhabiting the Tekai-Tembeling Forest Reserve (TTFR), an area that has been extensively logged for the next phase of construction of dam. To elucidate further the species assemblages and diversity of small mammals within TTFR, a comparison was made to a nearby forest, Ulu Jelai Forest Reserve (UJFR), which was also has been logged for the development of Telom Dam. 10 days survey conducted in March 2018 by using cage-trapping and mist-netting techniques, successfully recorded a total of 27 species (Shannon Index (H’) = 3.11) in TTFR and 23 species (H’=2.62) in UJFR. Most of these species in TTFR were bats (56 individuals representing 22 species), rodents (three species representing four individuals) and squirrels (two species representing three individuals). Insectivorous bat species, Narrow-winged Pipistrelle (Pipistrellus cf. stenopterus), are the most abundance in TTFR mainly because insectivorous bats behavior that forage understory in a lowland forest and some of these bats is known to forage in groups. Results from this study indicated that richness and diversity of small mammal’s species assemblages appear to decline in TTFR at which this can be associated to less sampling approaches due to the seasonal impact (rainy season) and habitat disturbance or habitat changes resulted from extensive logging activity. A good mitigation measures should be conducted immediately to prevent elimination species at the study area.
Penyerpihan habitat adalah pemacu kepada isu kepupusan pelbagai spesies yang menyebabkan serpihan hutan menjadi lebih kecil dan terpencil. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengukur komposisi serta kepelbagaian spesies mamalia terestrial (bersaiz sederhana dan besar) di koridor ekologi CFS1:PL1 dan CFS1:PL6. Pemasangan 211 perangkap kamera di kedua-dua koridor berjaya menghasilkan sejumlah 43,799 imej bebas (8,594 perangkap/malam). Sebanyak 30 spesies mamalia berjaya direkodkan dengan 28 spesies daripadanya ditemui di PL1 dan 17 spesies di PL6. Artiodactyla adalah Order yang menunjukkan kekerapan hadir tertinggi (869 imej bebas) manakala Karnivora adalah Order yang mencatatkan kepelbagaian spesies tertinggi (14 spesies). Sebanyak sembilan spesies menyumbang kepada lebih daripada 90% komuniti mamalia di PL1 dan PL6 dan tiada perbezaan yang signifikan antara komuniti mamalia di kedua-dua kawasan kajian. Hasil analisis mendapatibabi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 62.17), kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 31.20) dan beruang matahari (Helarctos malayanus) (PCRI = 15.14) merekodkan kekerapan (PCRI > 10) yang tinggi melintasi koridor PL1. Manakala di PL6, spesies yang sering direkodkan ialah kijang (Muntiacus muntjak) (PCRI = 47.70), tapir Malaya (Tapirus indicus) (PCRI = 26.21), babi hutan (Sus scrofa) (PCRI = 23.61), gajah Asia (Elephas maximus) (PCRI = 11.57) dan seladang (Bos gaurus) (PCRI = 10.63). Walau bagaimanapun, kekerapan melintasi koridor bagi mamalia sederhana hanya dilihat di PL1 sahaja oleh spesies pelanduk/napuh (Tragulus sp.) (PCRI = 20.88) dan landak raya (Hystrix brachyura) (PCRI = 14.68). Tuntasnya, langkah pemuliharaan yang lebih efektif dan pelan pembinaan lintasan hidupan liar perlu dilaksanakan di kedua-dua koridor memandangkan koridor ini digunakan pada frekuensi yang tinggi.
Populasi rusa sambar (Rusa unicolor) mengalami penurunan dan dikategorikan sebagai rentan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam dan Sumber Asli pada tahun 2014. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti faktor sekitaran yang mempengaruhi kesesuaian habitat rusa sambar, yang terdiri daripada kecerunan, ketinggian, guna tanah, jarak daripada bandar, jarak daripada sungai dan litologi dianalisis menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). Data kehadiran rusa sambar dari tahun 1992-2008 diintegrasikan dengan faktor sekitaran menggunakan model entropi maksimum untuk mengenal pasti habitat yang sesuai bagi rusa sambar di kompleks hutan utama Taman Negara. Hasil kajian ini menunjukkan jarak dari sungai menyumbang peratusan paling tinggi dalam model kesesuaian habitat iaitu 47.7%. Manakala jarak dari bandar, jenis guna tanah, ketinggian, kecerunan dan litologi menyumbang sebanyak 21.8%, 16.1%, 7.2%, 6.7% dan 0.4%. Habitat yang sesuai bagi rusa sambar meliputi 37% daripada keseluruhan kawasan kajian (2,218,389 hektar). Kajian penentuan potensi habitat rusa sambar yang sesuai di kompleks hutan utama Taman Negara penting untuk pengurusan hidupan liar seperti aktiviti pelepasan semula.
ABSTRAK:Iklan Khidmat Masyarakat (IKM) adalah suatu pengumuman atau pemberitahuan yang bersifat non komersial yang mempromosikan program-program, kegiatan, perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan organisasi bukan perniagaan dan pemberitahuan-pemberitahuan lainnya tentang keperluan perkhidmatan masyarakat dan pemberitahuan yang bersifat komersial (Crompton dan Lamb, 1986). Iklan Khidmat Masyarakat merupakan projek video multimedia yang merangkumi kepelbagaian modaliti seperti elemen grafik, teks, audio dan video. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mod linguistik yang digunakan dalam menghasilkan IKM selain keberkesanan paparan visual. Data diperoleh daripada rakaman video iklan raya Petronas kerana iklan ini merupakan iklan tahunan yang disiarkan di televisyen. Kerangka konsepsi kajian ini didirikan berdasarkan gabungan Teori Linguistik Sistemik Fungsional (TLSF) dan Teori Multimodaliti (TM). Gabungan kedua teori ini dipercayai dapat membantu menghasilkan IKM yang menepati tema yang dihasratkan oleh pengiklan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodal yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual. Dengan kata lain, fungsi teks bahasa adalah untuk menyediakan konteks dalam iklan dengan menambah maklumat supaya penonton dapat memahami mesej yang ditonjolkan. KATA KUNCI: Iklan Khidmat Masyarakat (IKM), mod linguistik, Teori Linguistik Sistemik Fungsional (TSFL) PENGENALANPenyelidikan dalam bidang multimodaliti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Penyelidikan multimodaliti muncul apabila penyelidik komunikasi, pengamal pengiklanan dan pembuat dasar awam menyeru agar lebih banyak penyelidikan tentang kepentingan relatif dan peranan visual berbanding komponen mesej lisan dalam iklan dijalankan (Alwitt & Mitchell, 1985;Liu, 1986;Schmalensee, 1983). Kajian dalam bidang ini telah memberi tumpuan secara eksklusif tentang kesan-kesan melalui perkataan yang ditulis dan gambar-gambar yang disatukan bagi menghasilkan sesebuah iklan (Edell & Staelin, 1983; Kisielius & Sternthal, 1984; Mitchell & Olson, 1981). Satu masalah yang mungkin menyumbang kepada penemuan yang tidak konsisten dalam kajian multimodaliti adalah kesukaran untuk mengawal kandungan mesej bergambar dengan kandungan lisan sehingga menyebabkan mesej pengiklan sukar digarap dengan berkesan. Keadaan menjadi semakin teruk sejak multimodaliti telah menjadi satu ciri dominan pengiklanan moden. Khalayak penonton dilatih untuk memberi tumpuan kepada aspek visual daripada teks yang terdapat dalam iklan. Justeru, adalah mudah bagi khalayak mengabaikan elemen-elemen komunikasi yang penting dalam menyerlahkan mesej visual atau makna sesebuah iklan berbanding aspek bahasanya.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.