Pantun merupakan satu khazanah bangsa yang mempunyai nilai yang amat tinggi dalam kalangan masyarakat Melayu. Penyusunan pantun yang diolah dengan rapi dan disusun indah mengandungi seribu satu maksud yang amat mendalam, yang menjadi wadah dalam menyampaikan nasihat, sindiran, gurauan dan luahan perasaan. Dalam penciptaan pantun, masyarakat Melayu akan menggunakan simbol-simbol yang berada di sekeliling mereka. Salah satu simbol yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu ialah simbol alam, iaitu tumbuhan yang merupakan unsur terpenting dalam binaan pantun. Salah satu prinsip estetika sastera Melayu oleh Muhammad Haji Salleh, iaitu 'dunia luas yang dipadatkan' digunakan untuk membincangkan simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Oleh yang demikian, objektif makalah ini untuk melihat sejauh mana prinsip 'dunia luas yang dipadatkan' sesuai diaplikasikan dalam menghuraikan makna tersirat daripada simbol tumbuhan pertanian dalam pantun. Selain itu, tujuan makalah untuk menganalisis simbol tumbuhan dalam pantun. Buku Pantun Melayu Bingkisan Permata (2007) yang diselenggarakan oleh Harun Mat Piah terbitan Yayasan Karyawan telah dipilih sebagai bahan kajian. Dapat kajian mendapati masyarakat Melayu mengungkapkan simbol tumbuhan yang terpilih dalam pantun dikaitkan persamaan dengan kelakukan manusia. Kata kunci: pantun; simbol; dunia luas yang dipadatkan; tumbuhan pertanian; sayur-sayuran; buah-buahan.
Kertas kerja ini membincangkan sebuah novel remaja berjudul Jendela Menghadap Jalan (Edisi Murid 2014) sebagai bahan kajian bagi menilai kesesuaian sesebuah teks yang dipilih untuk dijadikan teks KOMSAS (Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia). Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin adalah terbitan Kumpulan Utusan Sdn. Bhd. yang pernah memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tahun 2008. Novel ini kemudiannya telah terpilih menjadi teks KOMSAS bagi tingkatan 4 Zon 1 (Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Kajian dijalankan berdasarkan premis bahawa terdapat teks KOMSAS yang mencetuskan kontroversi kerana kandungannya didapati tidak sesuai sebagai bahan bacaan pelajar sekolah. Sebilangan teks KOMSAS yang dipilih dianggap tidak memaparkan unsur moral yang baik. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian novel Jendela Menghadap Jalan diangkat sebagai teks KOMSAS. Kajian ini melibatkan seramai 151 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan guru sekolah menengah. Data dikumpulkan daripada soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa karya Ruhaini Mat Darin ini diterima dengan baik dalam kalangan pelajar dan guru-guru di empat buah sekolah yang dikaji. Malah isi kandungannya juga memenuhi ciri-ciri sebuah novel yang layak diangkat sebagai teks KOMSAS.
Animation allows a story to be produced and presented in interesting ways. It displays sets of continuous drawings or model manipulation to create the illusion of movement. The technology has undergone many stages of innovation and is utilised in different industries, such as medicine, education and entertainment. In Malaysia, the animation industry has grown rapidly since the establishment of the Multimedia Super Corridor (MSC) and the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) in 1996, which aims to catalyse the country‟s digital economy development. Many local production houses were set up and, in turn, produced better animations. These efforts incorporated various genres, such as family, Islam and superheroes. Hence, this study aims to examine the story structures of three popular Malaysian animated series – Upin dan Ipin, BoBoiBoy and Omar dan Hana. The three series were chosen based on their popularity despite being introduced in 2007, 2011 and 2014. This qualitative research was conducted using content analysis, whereby one episode from each series was picked at random to be analysed based on Stanton‟s Structural Model (2007). The findings of this study showed that the storytelling for all three series was similar through their presentation of facts, usage of literary devices and features of different themes. Keywords: animation, storytelling, structural model, fact, literary device, themes. Abstrak Teknologi animasi membolehkan suatu cerita diolah dan disampaikan dengan menarik. Animasi ialah teknologi paparan jujukan lukisan secara berterusan atau manipulasi model untuk menghasilkan ilusi pergerakan. Walau bagaimanapun, teknologi ini telah melalui banyak pembaharuan dan dimanfaatkan dalam banyak industri seperti perubatan, pendidikan dan hiburan. Industri animasi di Malaysia semakin berkembang pesat semenjak penubuhan Koridor Raya Multimedia dan Perbadanan Pembangunan Multimedia pada tahun 1996 yang bertujuan untuk memacu pembangunan ekonomi digital negara. Banyak syarikat produksi tempatan yang ditubuhkan dan semenjak itu, penghasilan karya animasi Malaysia juga semakin berkualiti. Pelbagai genre diketengahkan melalui cerita-cerita animasi antaranya kekeluargaan, Islamik dan juga cerita yang berkonsepkan adiwira. Aspek yang difokuskan melalui kajian ini ialah berkaitan penceritaan menerusi tiga siri animasi Malaysia yang popular, iaitu Upin dan Ipin, BoBoiBoy dan Omar dan Hana. Justifikasi pemilihan siri animasi ini ialah berdasarkan kejayaan ketigatiganya untuk terus popular walaupun telah beberapa tahun diperkenalkan, iaitu masing-masing dari tahun 2007, 2011 dan 2014. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan. Satu episod daripada setiap animasi kajian dipilih secara rawak untuk dinilai struktur cerita dan dianalisis menggunakan Model Struktural Stanton (2007). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penceritaan animasi kajian mempunyai kesepaduan yang terbina daripada struktur fakta, sarana dan tema. Kata kunci: animasi, penceritaan, model struktural, fakta, sarana, tema.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.