Tujuan - Kajian lepas membuktikan bahawa pelajar-pelajar pintar cerdas memiliki tingkah laku unik yang boleh membantu meningkatkan pencapaian mereka. Kajian ini bertujuan meneroka tingkah laku unik pelajar pintar cerdas yang ditunjukkan semasa berada di rumah, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, dan pergaulan bersama rakan di sekolah. Metodologi - Kajian dijalankan menerusi pendekatan kualitatif di Kolej GENIUS@Pintar Negara yang merupakan tempat pengajian pelajar pintar cerdas berbakat akademik dari seluruh Malaysia. Responden terdiri daripada lima orang ibu bapa cerdas, tiga orang pensyarah, dan enam orang pelajar pintar cerdas. Pengumpulan data melalui kaedah temu bual mendalam dan temu bual kelompok mengikut protokol temu bual. Dapatan - Keputusan menunjukkan tingkah laku unik pelajar pintar meliputi lakuan membaca dalam masa yang lama, suka menyendiri menyiapkan tugasan, suka bertanya sehingga memperoleh jawapan yang konkrit, berhujah untuk mempertahankan jawapan, memberi fokus dalam masa yang lama, dan menyiapkan tugasan melebihi jangkaan. Signifikan - Kajian ini menjadi panduan kepada ibu bapa, guru-guru dan masyarakat untuk memahami pelajar pintar cerdas dengan lebih dekat lagi seterusnya mengelakkan risiko peminggiran pelajar pintar cerdas. Implikasi terhadap kaedah dan strategi pengajaran guru untuk disesuaikan dengan keunikan tingkah laku pelajar pintar cerdas di sekolah. Kajian seterusnya dicadangkan untuk membincangkan langkah mengatasi tingkah laku negatif pelajar pintar cerdas, membina kurikulum khas pendidikan pintar cerdas dan penerokaan terhadap bidang pintar cerdas.
Penggunaan filem dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) merupakan salah satu alternatif yang digunakan oleh para pendidik bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek Sejarah. Ia merangkumi elemen penting seperti semangat patriotisme serta nilai-nilai murni yang dapat disampaikan kepada pelajar dengan kaedah santai dan menyeronokkan berbanding kaedah konservatif. Dalam kajian ini, terdapat tiga persoalan utama telah dikenal pasti antaranya tahap persepsi pelajar pintar dan berbakat (PB) terhadap keberkesanan filem dalam PdPc, perbezaan min bagi konstruk keberkesanan filem dalam PdPc, dan tahap kefahaman pelajar PB terhadap keberkesanan filem dalam PdPc subjek Sejarah. Oleh yang demikian, bagi menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan filem dalam PdPc bagi subjek Sejarah, seramai 84 orang pelajar PB dari Kolej GENIUS@Pintar Negara, UKM telah dipilih secara bertujuan bagi memenuhi keperluan kajian ini. Kesemua responden terdiri daripada pelajar Tahap 1 yang berumur lingkungan 15 hingga 16 tahun. Instrumen skala likert digunakan bagi menilai item-item yang dijadikan kayu ukur terhadap persepsi pelajar PB antaranya konstruk sikap, motivasi, kemudahan akses dan kemahiran pemikiran Sejarah (KPS). Perisian SPSS V 2.0 digunakan bagi menganalisis data-data tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan filem dalam PdPc telah memberikan kesan yang memberangsangkan kepada pelajar PB untuk mempelajari subjek Sejarah. Selain itu, inisiatif ini turut memberi galakan kepada pengkarya filem untuk menghasilkan lebih banyak lagi filem yang bergenre Sejarah kerana ia secara langsung dapat menyumbang dalam PdPc yang lebih kreatif. Kajian lanjutan berkaitan filem dalam PdPc subjek Sejarah juga harus dijalankan agar ianya dapat dimanfaatkan oleh para guru, pengkaji serta pengkarya seni tanah air pada masa akan datang.
Teaching and Learning (PdP) in history subject has always been considered tedious by learners and mostly stigmatized by a mindset that learning history demands a high memory capacity for memorization of facts. However, this perception is completely untrue as the Ministry of Education Malaysia (MoE) has instilled creative and critical skills in subjects taught throughout Malaysia including history subjects. In History subjects, creative and critical skills are measured using Historical Thinking Skills (KPS) in its teaching and learning. It is aimed at not only focusing on facts memorising but also inculcating thinking skills of history itself as an element that can make the subject more exciting and able to promote patriotism to students. Therefore, this study was carried out to assess the extent of perception of KPS among gifted and talented students with different abilities at GENIUS@Pintar College, UKM. To achieve this goal, 410 students were randomly chosen to meet the study requirements in looking at perceptions of practices KPS among students with different abilities. All respondents are male and female students from Foundation 1 to Level 2, between 12 to 17 years old of age. Likert scale instruments have been used for data collection and as a measurement of the perception of practice KPS among students with different abilities including identification of historical evidence, interpretation of History, rationalization of History, the imagination of History, and identification of historical chronology.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.