Kemahiran hidup berdasarkan Teori Kemahiran Hidup oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1998 bermaksud kemampuan diri yang boleh membantu seseorang melakukan usaha atau kerja secara berkesan. Kemahiran hidup diperlukan untuk menjalankan usaha dengan sabar sehingga berjaya melengkapkan segala ikhtiar. Seseorang yang berkemahiran baik boleh menjalankan tugas dengan hanya menggunakan sedikit masa, kurang tenaga tetapi menghasilkan keputusan yang berkualiti (WHO, 1999). Ia merupakan asas penting bagi sesebuah isirumah miskin agar mereka dapat keluar daripada kancah kemiskinan. Dalam konteks Malaysia, ukuran kemiskinan yang biasa diguna pakai oleh kerajaan adalah secara mutlak dan ukuran biasa digunakan adalah melalui pendapatan median isirumah atau Pendapatan Garis Kemiskinan atau PGK (Unit Perancang Ekonomi, 2017). Negeri Sabah merupakan satu daripada negeri yang berada dalam Persekutuan Malaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Negeri Sarawak. Sabah merupakan sebuah negeri yang paling miskin di Malaysia sehingga tahun 2016 (Unit Perancang Ekonomi, 2017) dan perlu mendapat tempat sebagai agenda kajian ilmiah. Laporan kemiskinan yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (2017) menggambarkan insiden miskin di Sabah adalah seramai 11,400 keluarga. Golongan yang dikatakan miskin bagi negeri Sabah adalah mereka berpendapatan PGK RM 1,170.00 sebulan. Kajian terdahulu berkaitan kemiskinan lebih menumpukan kepada beberapa perkara asas iaitu tentang ukuran
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.