Pemimpin universiti harus memainkan peranannya dalam amalan membudayakan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Pemimpin adalah contoh dan ikutan kepada warga yang dipimpin. Oleh itu kertas konsep ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan umum mengenai peranan pemimpin universiti dalam membudayakan PdP dalam talian. Hasil penulisan, diharap dapat memberi satu pandangan kepada pemegang taruh dan pemimpin universiti mengenai peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam membudayakan pengintegrasian teknologi PdP dalam talian. Selain itu, memberi gambaran kepada warga universiti dalam membudayakan penggunaan teknologi dalam pedagogi PdP masing-masing. Kertas konsep ini berasaskan Model Kepimpinan Teknologi, Dasar e-Pembelajaran Negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dan dokumen Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia. Dapatan penulisan ini merumuskan terdapat tiga isu utama pembudayaan PdP dalam talian iaitu pematuhan dasar yang telah ditetapkan, kesediaan pemimpin dan warga universiti zaman digital serta keperluan prasarana pembelajaran dalam talian. Implikasinya adalah latihan kepimpinan profesional perlu diperkukuhkan dan menanda aras piawaian antarabangsa bagi PdP dalam talian. Pemimpin juga harus menambah baik amalan teknologi maklumat dan komunikasi sedia ada demi kesiapsiagaan warga universiti. Kesimpulannya, pemimpin bertanggungjawab dalam membudayakan amalan, pengukuhan dan penambahbaikan pengintegrasian teknologi dalam PdP dalam talian selaras dengan dasar, polisi dan hasrat negara.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.