In high context culture, maintenance of 'face' is very important as it is closely linked with the person's
ABSTRAKMakalah ini bertujuan untuk menjelaskan proses perubahan bunyi frikatif alveolar /s/ kepada bunyi frikatif glotis [h] dalam bahasa Kerinci. Wujudnya penutur bahasa Kerinci di Malaysia disebabkan mobiliti dan perpindahan penuturnya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Bahasa Kerinci yang dituturkan dikedua-dua buah negara mempunyai sistem sebutan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, sistem fonologi bahasa Kerinci yang digunakan di Malaysia masih belum dibincangkan secara teoritikal. Sampel kajian dipilih dalam kalangan masyarakat Melayu Kerinci di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat Selangor yang berusia dalam lingkungan 50 tahun dan ke atas. Maklumat dan data diperoleh melalui teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman yang bertujuan merekod pertuturan responden untuk ditranskripsi serta dianalisis untuk menjelaskan perubahan bunyi yang berlaku. Kajian ini menerapkan kerangka fonologi generatif untuk menjelaskan proses pengglotisan /s/ kepada [h]. Proses fonologi yang berlaku bukan sahaja melibatkan perubahan pada segmen /s/ tetapi turut mengubah bunyi-bunyi vokal yang mendahului segmen tersebut, iaitu vokal /a, i, u/. Hasil kajian menunjukkan vokal /a, i, u/ yang mendahului segmen /s/ dalam bahasa Kerinci akan mengalami proses fonologi dan menghasilkan bentuk permukaan yang berbeza antara satu sama lain. Proses fonologi yang terlibat adalah rumus peninggian vokal yang mengubah bunyi /as/ kepada [h] dan rumus perendahan vokal yang mengubah bunyi /is/ kepada [h] dan /us/ kepada [awh]. Namun, setiap perubahan yang berlaku memerlukan huraian atur rumus untuk menjelaskan proses mana yang berlaku terlebih dahulu. Dapatan menunjukkan bahawa rumus pengglotisan geseran yang mengubah segmen /s/ kepada [h] hanya berlaku selepas pelaksanaan rumus-rumus yang menyebabkan perubahan pada vokalvokal tersebut. Hal ini bagi memenuhi syarat lingkungan yang telah ditetapkan terhadap rumus-rumus yang telah dinyatakan.
Pengiklanan dalam kehidupan hari ini bukanlah suatu perkara yang asing, khususnya dalam bidang perniagaan. Dalam mengiklankan sesuatu barangan kepada khalayak sebagai sasaran, media massa berperanan penting dalam menyebarkan maklumat terbaharu atau mempromosikan sesuatu barangan di pasaran. Radio juga tidak ketinggalan menjadi salah satu media massa yang penting kepada pendengar. Kebanyakan iklan menggunakan makna tersirat dan tersurat dalam menarik perhatian para pendengar untuk membeli produk mereka. Walau bagaimanapun, maksud yang cuba disampaikan dalam iklan kadangkala kurang difahami oleh para pendengar. Oleh hal yang demikian, kajian ini diharap dapat menjadi panduan dan memberikan pengetahuan serta pemahaman kepada para pendengar terutama berkaitan maksud yang cuba disampaikan dalam iklan tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis makna tersirat dan tersurat dalam iklan yang disiarkan di stesenstesen radio dengan menggunakan Teori Imej yang digunakan secara meluas oleh pengkajipengkaji linguistik tradisional. Kajian ini menggunakan kaedah rakaman audio bagi iklaniklan yang dipilih, dirakam dan ditranskripsikan ke dalam bentuk data untuk dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peranan semantik dalam bidang pengiklanan amat penting agar makna yang hendak disampaikan tepat dan sampai kepada pengguna. Walaupun matlamat akhir pengiklanan adalah untuk melariskan jualan yang merupakan faktor luar linguistik, tetapi hubungannya dengan bahasa adalah amat berkait rapat.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.