Fakta kes, keterangan dari pihak-pihak, rujukan nas al-Quran dan Hadis serta pendapat fuqaha’ merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh Hakim Syarie sebelum sesuatu alasan penghakiman dibuat. Pemakaian Hadis merupakan antara sumber terpenting di dalam penghakiman kes Syariah dan turut menjadi asas bagi prosedur di Mahkamah Syariah yang terangkum di dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Selangor dan negeri-negeri lain. Hal ini dikuatkan lagi dengan keputusan kes-kes yang diputuskan di Mahkamah Syariah Malaysia. Kertas ini membincangkan pemakaian dan pengecualian Hadis di dalam alasan penghakiman dan prosedur dengan menggunakan kaedah empirical study menerusi peruntukan seksyen dan kes-kes yang diputuskan. Hasil kajian ini mendapati ada beberapa peruntukan seksyen dan kes-kes yang mengguna pakai dan mengecualikan prinsip Hadis ini. Bagi pengecualian, kertas kajian ini menghuraikan rasional bagi pengecualian pemakaian Hadis tersebut.
Pendidikan merupakan teras utama dalam membina peradaban sesebuah negara. Pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang berkesan menjadi asas utama dalam melahirkan modal insan. Bagi memastikan keberkesanan PDP, pelbagai pendekatan digunakan oleh pendidik antara membina hubungan komunikasi dengan pelajar. Pendekatan ini memerlukan sifat penyayang, pemurah dan penyabar dalam diri pendidik. Maka, objektif kajian ini ialah mengkaji penerimaan pendekatan sifat pemurah dan penyayang dalam pengajaran dan pembelajaran berbanding sifat yang garang. Kajian rintis ini menggunakan pendekatan kuantitatif melibatkan seramai 150 pelajar diploma di IPT. Analisis data yang diperolehi dianalisis kebolehpercayaan soal selidik menggunakan Program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 17.0. dan ditafsirkan dengan bantuan diagram. Analisis SPSS nilai Croanbach’s Alpha ialah 0.952 menunjukkan Kebolehpercayaan soal selidik yang tinggi. Hanya 9 pelajar memilih pensyarah garang berbanding 141 pelajar memilih pensyarah yang baik dalam sesi PDP.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.