Kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan dalam sesebuah organisasi sering dikaitkan dengan kesempurnaan dan kepuasan. Kemudahan sukan yang lengkap untuk kegunaan atlet dalam persediaan menghadapi kejohanan akan meningkatkan kepuasan dan prestasi ke tahap yang lebih baik. Justeru, kajian ini bertujuan mengenalpasti kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan yang sediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi program pembangunan sukan prestasi tinggi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 147 responden atlet yang dipilih secara persampelan rawak. Data dari instrumen SERVQUAL (service quality) dan tahap kepuasan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan kualiti responsif adalah paling tinggi dengan skor min M=3.82, SD=0.833. Manakala kualiti empati menunjukkan skor min paling rendah iaitu M=3.36, SD=0.819. Hasil dapatan kepuasan atlet terhadap kualiti kemudahan sukan yang disediakan oleh pihak PBT pula menunjukkan tahap sederhana dengan skor min M=3.66, SD=0.924. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan MSWP membantu PBT menambahbaik kualiti perkhidmatan dan kemudahan sukan bagi memastikan atlet mencapai prestasi cemerlang pada masa hadapan.
Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan kepada pembangunan masyarakat secara lestari, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP). Kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat negara yang menyedari faedah diperoleh apabila mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton dan peminat dari dalam dan luar negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) terhadap kualiti hidup (QoL) komuniti yang memberi sokongan terhadap penganjuran sukan Perak Triathlon 2022 di Marina Island, Lumut Perak. Data dari instrumen Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Impact Perception of Social, Economic and Environment dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kesan persepsi sosial menunjukkan skor min paling tinggi dengan M=3.93 (SD=0.901). Ini diikuti kesan persepsi ekonomi M=3.58 (SD=0.998) dan kesan persepsi persekitaran M=3.51( SD=0.953). Hasil dapatan hubungan antara kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) dan kualiti hidup (QoL) komuniti menunjukkan hubungan yang negatif dan lemah (r=-1.113, p >.05). Hasil kajian ini dijangka memberi manfaat kepada pihak penganjur untuk memastikan komuniti mendapat pelbagai faedah dari penganjuran yang diadakan terutama dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.
This study aims to determine the motivation for participating in dance exercises among Universiti Teknologi Mara Shah Alam students. A total of 110 respondents were involved in this study. The result showed that Positive Health has the highest mean with M=4.56 (SD=0.572). The highest mean for males and females is also Positive Health with M=4.59 (SD=0.596) and M=4.53 (SD=0.557). There is no significant difference in motivation factors for participating in dance exercises between gender with a p-value is 0.459, p>0.05. Based on the result, males and females had the same motivation to participate in dance exercises for a healthy lifestyle. Keywords: Motivation; Dance Exercise eISSN: 2398-4287 © 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open access article under the CC BYNC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer–review under responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians) and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI: https://doi.org/10.21834/ebpj.v7iSI7%20(Special%20Issue).3825
Industri sukan merupakan satu industri komersial yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mula berkembang di Malaysia. Penglibatan syarikat-syarikat perniagaan dalam industri sukan akan menjadi pemangkin transformasi ekonomi negara berpendapatan tinggi di masa hadapan. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor kritikal kejayaan penglibatan syarikat perniagaan dalam industri sukan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 32 buah syarikat perniagaan yang dipilih secara persampelan rawak. Instrumen faktor kritikal kejayaan (critical success factor) digunakan dalam kajian ini dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan faktor kritikal kejayaan dari aspek Organisasi adalah di tahap tinggi dan positif dengan skor M=4.03. Diikuti faktor Perundangan M=3.94, faktor Sikap M=3.88, faktor Komunikasi M=3.75 dan faktor Politik M=3.69. Manakala faktor kritikal kejayaan dari aspek Situasi dan Ekonomi di tahap sederhana dan juga positif dengan skor M=3.66 dan M=3.31. Hasil kajian ini dijangka mampu membantu pihak kerajaan dalam mengatur perancangan dan strategi bagi memastikan industri sukan menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.