Magical realism, which combines reality and fantasy, has become a trend in the world of literature, sparking a new way of thinking while producing a literary work. Studies on magical realism in literature are crucial as they could reflect the cultural and societal norms of the society featured. This article utilised the theory of magical realism by Faris (2004) to discuss the aspect of magical realism presented in the novel “Cebisan Mantera Terakhir” (2013) by Hasanuddin Md. Isa and published by the Malaysian Institute of Translation and Books (ITBM). The genre of the novel is classified as mystery or mysticism in the setting of a supernatural world where shamans practise “santau” (a type of black magic) in the Malay community. This qualitative study aims to identify and analyse the way the author depicts magical realism through content analysis of the text. Findings showed that the magic element in the form of “santau” was evident in the Malay community featured in the novel. The application of Faris‟s principles showed the clear connection between reality and the magical elements of “santau” which can be categorised into particular aspects of the text, such as objects, events, characters, beliefs and texts. Religion and beliefs are also inseparable from the Malay community, a factor portrayed as a connection between reality and the supernatural worlds. Keywords: magical realism, novel, Cebisan Mantera Terakhir, shaman, santau, black magic Abstrak Kemunculan aliran realisme magis dilihat melalui gabungan antara dua dunia, iaitu dunia nyata dan dunia fantasi yang membawa pemikiran baru dalam karya sastera. Penelitian terhadap realisme magis dalam suatu karya sastera sangat penting kerana pada dasarnya realisme magis merupakan satu cerminan atau refleksi yang nyata mengenai budaya dan sosial masyarakat. Kajian ini mengaplikasikan Teori Realisme Magis oleh Faris (2004) untuk memperlihatkan aspek realisme magis dalam novel Cebisan Mantera Terakhir (2013) karya Hasanudin Md Isa dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel ini memaparkan genre misteri atau mistik yang menerapkan elemen dunia ghaib dan golongan pawang yang terlibat dalam kegiatan santau dalam masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis aspek realisme magis dalam novel yang memperlihatkan bagaimana pengarang mengungkapkan elemen realisme magis dalam karya. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan membuat analisis kandungan teks. Dapatan kajian ini jelas menggambarkan unsur magis yang dapat dikesan dalam amalan santau dengan berlatarkan masyarakat Melayu. Penggunaan prinsip-prinsip oleh Faris (2004) telah menonjolkan perhubungan yang jelas antara unsur realiti dan unsur magis dalam amalan santau itu dengan adanya pembahagian kepada kelompok-kelompok tertentu, iaitu objek, peristiwa, watak, kepercayaan, teks, dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, konteks agama dan kepercayaan tidak dapat diasingkan dalam tradisinya yang turut dipaparkan sebagai satu perkaitan antara alam nyata dan alam ghaib. Kata Kunci: realisme magis, novel, Cebisan Mantera Terakhir, pawang, santau
Cerita rakyat Melayu ialah sebuah cerita yang berasal dari masyarakat dan berkembang dalam masyarakat pada masa lampau. Selain itu, cerita rakyat Melayu menjadi ciri unik setiap bangsa juga mempunyai suatu kebudayaan beraneka ragam, merangkumi kekayaan budaya juga dan sejarah. Pada umumnya, cerita-cerita rakyat Melayu yang diperoleh mengisahkan tentang sesuatu kebudayaan masyarakat bangsa itu tersendiri. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis cerminan moral positif masyarakat Melayu yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dengan menggunakan pendekatan teori pengkaedahan Melayu. Seterusnya, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini akan membawa pembaca untuk memahami akan nilai murni seperti nilai kejujuran yang termaktub di bawah lembayung kata amanah, bercakap benar dan ikhlas yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu dalam teks Himpunan 366 Cerita Rakyat di Malaysia diselenggarakan oleh Aripin Said dan Othman Puteh pada tahun 2015. Seterusnya, beberapa cerita rakyat telah dipilih iaitu Awang Yang Lurus, Padi Berbuah Emas, Raja Kuyuk, Seuncang Padidan Penjual Api Yang Lurus. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa elemen nilai murni kejujuran ternyata jelas terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu terpilih dan penemuan nilai murni seperti ini telah membuktikan bahawa sememangnya masyarakat Melayu pada masa lampau mengamalkan nilai murni dalam kehidupan untuk memastikan sebuah kehidupan yang sejahtera.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2024 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.