Fi sabilillah merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting dalam pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah bagi memastikan agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Selangor dan Negeri Sembilan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati secara umumnya skim-skim yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kepada fi sabilillah melengkapi setiap aspek maqasid syariah. Namun, semakan semula perlu dilakukan bagi memastikan skim-skim tersebut mengikut keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada 7 golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di setiap negeri dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus. Kata kunci: Fi sabilillah, Skim Agihan Zakat, Maqasid Syariah, Lembaga Zakat Selangor, Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
Flood occured in the end of the year 2014 was known as the ’yellow flood’. The flood caused home and district damaged and also the community area as well. Management of flood is categorized into threee phases, namely the pre condition before flood, the condition during the flood occurs and the post condition after flood occured. However, the issues arose of inaccuracy in determining the collection and distribution of goods donated to the flood victims. It happened between the flood victims themselves and between certain party. Thus, the objectives of this study is to discuss the concept of Indeks Syariah Malaysia and its contribution management approach based on Indeks Syariah Malaysia. The study will evaluate the types of contribution needed according to necessity. A mixed method approach were taken a qualitative and a quantitative via observation, interviews and questionnaires. Furthermore, the documentation reviews using the inductive method through manuals and report management before, during and after the floods. The study found that eight types of emergency kits should be given to the flood victims during the floods which are prayer kit, food kit, health kit, clothing kit, educational kit, shelter kit and storage kit. The study also found that the contribution management of the flood victims needed a specific guideline based on Indeks Syariah Malaysia for the purpose of determining the basic needs and the types of contributions in accordance its priority. The determination of basic needs is very important for creating emergency kits that can produce a guideline to governments, NGOs and volunteers parties in helping flood victims. Further studies related to the determination of basic needs before and after the flood occured is needed to ensure that the victims obtain an assistance as needed. Keywords: Management, Contribution, Requirements, flood, flood victims, Malaysia Shariah Index. Abstrak Bah banjir yang berlaku pada penghujung 2014 dikenali sebagai bah kuning. Bah banjir tersebut mengakibatkan keadaan rumah, kawasan dan sekitar daerah rosak akibat kesan kedatangan banjir tersebut. Pengurusan banjir dikategorikan dengan tiga keadaan iaitu sebelum, semasa dan selepas. Isu ketidaktepatan dalam penentuan kutipan dan agihan barangan sumbangan kepada mangsa banjir sering ditimbulkan oleh mangsa banjir dan pihak-pihak tertentu. Justeru, objektif kajian ini membincangkan konsep Indeks Syariah Malaysia (ISM) dan pendekatan pengurusan sumbangan kepada mangsa banjir berasaskan ISM. Kajian ini juga akan menilai jenis- jenis sumbangan yang diperlukan oleh mangsa banjir semasa berlaku banjir di samping penentuan keperluan asas berasaskan keutamaan. Reka bentuk kajian ini adalah secara kualititatif dan kuantitatif iaitu menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual serta soal selidik termasuk juga kajian secara dokumentasi yang menggunakan kaedah induktif dengan merujuk manual dan laporan pengurusan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Hasil kajian mendapati tujuh jenis kit kecemasan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir semasa banjir iaitu kit ibadah, kit makanan, kit kesihatan, kit pakaian, kit pendidikan, kit penempatan dan kit simpanan barang berharga. Hasil kajian juga mendapati pengurusan sumbangan mangsa banjir semasa berlaku banjir memerlukan satu garis panduan yang khusus berasaskan ISM bagi tujuan penentuan keperluan asas dan jenis-jenis sumbangan mengikut keutamaan. Penentuan keperluan asas ini amat penting bagi mewujudkan kit-kit kecemasan yang boleh menjadi garis panduan kepada kerajaan, NGO-NGO dan pihak-pihak sukarelawan dalam membantu mangsa banjir. Kajian lanjutan berkaitan penentuan keperluan asas sebelum dan selepas banjir diperlukan bagi memastikan mangsa banjir mendapat bantuan sebagaimana yang diperlukan. Kata kunci: Pengurusan, Sumbangan, Keperluan, Banjir, Mangsa banjir, Indeks Syariah Malaysia.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.