Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat selari dengan pertambahan penduduk pada masa kini. Kepesatan pembangunan telah menghasilkan pelbagai masalah alam sekitar seperti kapasiti sisa di tapak pelupusan yang semakin kritikal yang menyebabkan tempoh jangka hayatnya tidak mampu menampung peningkatan penjanaan sisa semasa. Pendekatan pengurusan sisa bersepadu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek penglibatan masyarakat dalam mengurangkan sisa dari punca. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi isirumah berkaitan aspek pengurusan sisa, pengetahuan dan amalan terhadap kitar semula, dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa di tiga daerah di Negeri Sembilan. Kaedah kajian secara survei dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan. Sejumlah 2686 responden dipilih dalam kalangan ketua isirumah dan persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep kitar semula dan pengasingan barangan kitar semula secara relatif adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pendedahan program dan kesampaian pengetahuan tentang kitar semula daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam adalah sangat rendah. Seterusnya, amalan kitar semula perlu diperkasakan dan penglibatan semua pihak secara bersepadu. Kejayaan sesuatu program kitar semula dan pengurusan sisa pepejal sukar dicapai, walaupun pengetahuan dan amalan pengurusan sisa lestari dalam kalangan komuniti adalah sangat tinggi.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.