Pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) yang melanda Malaysia dan seluruh dunia telah memberi implikasi yang sangat besar kepada pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan negara. Ia menuntut setiap pelajar untuk beradaptasi dengan sistem pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian daripada sistem konvensional yang sedia ada. Proses adaptasi ini memerlukan pelajar untuk mempunyai strategi daya tindak yang bersesuaian agar dapat mendepani tekanan akademik yang berlaku. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau cabaran pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar, impak tekanan akademik terhadap kesejahteraan kendiri dan strategi daya tindak yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Maklumat yang diketengahkan adalah berdasarkan kajian perpustakaan melalui kaedah analisis kandungan. Teori Kesejahteraan Psikologi atau Psychological Well-being (PWB) telah diadun bersama Teori Transaksional Tekanan dan Daya Tindak Lazarus dan Folkman bagi merungkai permasalahan yang wujud ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menjadi cabaran kepada pembelajaran dalam talian yang memberi natijah terhadap tekanan akademik. Di Malaysia, kajian berkaitan cabaran pembelajaran dalam talian semasa norma baharu yang mencetuskan tekanan akademik masih lagi terhad dan minima. Oleh itu, kajian ini dapat menjadi satu platform dan sumber rujukan baru khususnya terhadap institusi pendidikan di negara ini bagi memastikan sistem pembelajaran dalam talian dapat dilaksanakan dengan efisien serta dimanfaatkan secara optimum oleh setiap pelajar di Malaysia.
Wabak COVID-19 yang melanda Malaysia telah memberikan implikasi yang amat besar kepada rakyat. Hal ini kerana, ia telah menyebabkan pelbagai perubahan dalam sistem politik, ekonomi, sosial, kesihatan, dan pendidikan negara. Bahkan, wabak yang berlaku juga menyebabkan individu kehilangan kerja dan punca pendapatan, pelajar-pelajar miskin ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh pengenalan kepada sistem pembelajaran secara online, masalah kesihatan mental yang semakin meruncing dan banyak lagi. Amalan filantropi dilihat amatlah signifikan dalam keadaan semasa ini bagi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, mengurangkan kadar kemiskinan dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam masyarakat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kefahaman masyarakat terhadap amalan filantropi serta menilai tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat melalui sikap dan tingkah laku terhadap amalan filantropi semasa wabak COVID-19. Kajian ini menggunakan metod kuantitatif dengan reka bentuk kajian rentas terhadap 250 orang responden beragama Islam yang bekerja. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa responden menunjukkan tahap kefahaman yang positif terhadap amalan filantropi (nilai min antara 3.89 hingga 4.61). Responden juga dilihat menunjukkan tahap kesediaan dan penglibatan masyarakat dalam amalan filantropi yang tinggi apabila min bagi setiap konstruk yang mengukur objektif ini berada pada nilai 4.0 dan ke atas. Kajian ini dilihat amat signifikan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan jurang ekonomi yang wujud dalam masyarakat Malaysia. Ia dapat menjadi sumber rujukan dan panduan bagi badan kerajaan atau bukan kerajaan dalam membentuk sesuatu polisi baru serta merangka ekonomi Malaysia.
The theory of human behavior change is developed from psychological studies and then applied to consumer behavior. Psychologists believe that human behavior can change through stimuli and responses based on theories developed by psychologists and behaviorists. The threat of the COVID-19 pandemic has led some countries to take drastic actions such as implementing movement control orders (MCO) to curb the spread of the pandemic and provide economic stimulus packages to restore the current economic situation. In the context of Malaysia, this study suggests that the actions taken by the government can create positive and negative responses through consumer learning theory. This study is based on operant conditioning theory and the study suggests four categories of consumer behavior after the COVID-19 pandemic. The purpose of this article is to propose a conceptual research framework related to consumer segments that exist as a result of COVID-19 and propose new types of wealth creation post-COVID-19. It is expected that the results of the study will prove that there are four segments of consumers based on reactions through behaviors that are highlighted during a pandemic. It involves the behavior of returning to the old norms, adjusting and adapting to new norms, going back to square one, and recycling the previous behaviours. Certain policies can be developed to highlight the new normative behavior among consumers to overcome the impact of COVID-19, and even to ensure that Malaysia is competitive in the face of economic recovery. Future studies need to be conducted on an ongoing basis to ensure that the proposed framework can be adapted in different contexts and industries. Abstrak Teori perubahan gelagat manusia dibangunkan dari kajian psikologi seterusnya diaplikasikan kepada gelagat pengguna. Pakar psikologi percaya bahawa gelagat manusia boleh berubah melalui rangsangan dan tindak balas berdasarkan teori-teori yang dibangunkan oleh ahli psikologi dan behaviorisme. Ancaman pandemik COVID-19 telah menyebabkan beberapa negara mengambil tindakan drastik seperti melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik dan menyediakan pakej rangsangan ekonomi untuk memulihkan keadaan ekonomi semasa. Dalam konteks negara Malaysia, kajian ini mencadangkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan mampu mewujudkan tindak balas positif dan negatif melalui teori pembelajaran pengguna. Kajian ini didasari oleh teori pelaziman operan (operant conditioning theory) yang mencadangkan empat kategori gelagat pengguna semasa berlakunya pandemik COVID-19. Tujuan kertas kajian ini adalah untuk mencadangkan rangka kajian konseptual berkaitan segmen pengguna yang wujud akibat COVID-19 dan cadangan jenis penjanaan kekayaan yang baharu pasca COVID-19. Jangkaan hasil kajian akan membuktikan terdapat empat segmen pengguna berdasarkan reaksi melalui gelagat yang ditonjolkan semasa pandemik. Ia melibatkan gelagat kembali ke tabiat asal, norma baharu, norma baharu yang sederhana, dan kitar semula. Dasar-dasar tertentu boleh dibangunkan bertujuan untuk mengetengahkan gelagat norma baharu dalam kalangan pengguna bagi mengatasi impak COVID-19, malahan untuk memastikan Malaysia berdaya saing dalam mengharungi pemulihan ekonomi. Kajian di masa akan datang perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan rangka kerja yang dicadangkan dapat diadaptasi dalam konteks dan industri yang berbeza.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.