Globally, social protection schemes are considered as effective tools in ensuring the well-being of the poor, disempowered and otherwise marginalised people of society. It is applicable in cases of elderly people who are comparatively vulnerable due to their old age, and at times poverty or the lack of financial security.The proportion of elderly people in poverty is higher than that in the working age population, indicating the increasing likelihood of people falling into poverty as they leave or retire from the workforce. Therefore, one way of addressing poverty among the elderly is through social protection mechanisms. Malaysia and the Philippines are two Southeast Asian countries on their way to becoming ageing nations. As such, both these countries have already adopted numerous social protection schemes to ensure the well-being of the marginalised segments of society, including the elderly. Thus, based on existing literature, this paper is an attempt to revisit and re-examine the role and adequacy of existing social protection schemes available in Malaysia and the Philippines.
Hak untuk mendapatkan peguam terutama dalam kes-kes jenayah adalah amat penting. Hak ini sebenarnya telah diperuntukkan di bawah Artikel 5(3) Perlembagaan Persekutuan. Malahan seksyen 255 Kanun Prosedur Jenayah turut memperuntukkan hak untuk dibela oleh seorang peguam bagi tertuduh yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah juga turut memperuntukkan hak untuk mendapatkan peguam ini bagi seseorang yang ditangkap. Selain daripada itu, bantuan guaman bagi mereka yang tidak berkemampuan turut diberikan oleh Jabatan Bantuan Guaman melalui Akta Bantuan Guaman 1971. Di samping itu, bantuan gumanan ini juga turut diberikan oleh Majlis Peguam bagi membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan ini. Namun begitu, persoalan yang timbul ialah adakah bantuan ini mencapai sasarannya iaitu untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dalam mendapatkan khidmat seorang peguam di Malaysia? Selain itu, persoalan yang seterusnya ialah adakah bantuan yang diberikan mencukupi dalam memberikan keadilan kepada golongan yang tidak berkemampuan ini? Persoalan ini penting untuk dijawab memandangkan ketidakhadiran peguam untuk membantu seseorang tertuduh semasa perbicaraan mengibaratkan kedudukan tertuduh seperti telur dihujung tanduk. Malah tertuduh juga akan menghadapi risiko yang amat tinggi untuk disabitkan jika tidak dibantu oleh seorang peguam semasa perbicaraan. Oleh itu, artikel ini akan mengupas kepentingan dan keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam ini dalam membantu golongan yang miskin di Malaysia. Selain itu, artikel ini juga akan membuat perbandingan dengan beberapa negara Komenwel yang lain dalam melihat keberkesanan hak untuk mendapatkan peguam dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan di negara-negara mereka.
Dalam memperkatakan mengenai perbicaraan jenayah, keutamaan diberikan kepada hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. Salah satu cabang dari hak tersebut ialah hak perbicaraan segera di mana tertuduh berhak mendapatkan penyelesaian akan tuduhan yang dikenakan ke atasnya dalam jangka waktu yang munasabah. Namun demikian, kelewatan dalam prosiding jenayah adalah isu yang sering berlaku dan kelewatan ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh memprejudiskan seseorang tertuduh. Justeru, kajian ini akan mengfokuskan kepada isu kelewatan yang berlaku di dalam perbicaraan-perbicaraan jenayah, dan setakat mana mahkamah dibenarkan oleh undang-undang untuk campur tangan dalam usaha menyelesaikan permasalahan ini. Metodologi kajian perpustakaan diguna pakai yang mana metodologi-metodologi analisis kandungan dan analisis kritis dilaksanakan ke atas statut, artikel serta laporan kes yang berkaitan. Hasil kajian mendapati kuasa campur tangan mahkamah adalah terhad disebabkan kuasa prerogatif yang diberikan kepada pihak pendakwa menurut undang-undang. Kajian ini turut mendapati keperluan keseimbangan di antara hak tertuduh dengan hak kerajaan dan hak masyarakat. Berdasarkan kepada kedua-dua dapatan tersebut, kajian ini mencadangkan supaya semua agensi yang terlibat memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya bagi memastikan kelancaran perbicaraan jenayah demi kepentingan semua pihak iaitu tertuduh, kerajaan dan masyarakat awam. Kata kunci: Hak perbicaraan segera; kelambatan prosiding; kuasa mahkamah; kuasa pendakwa; tatacara jenayah
Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang berkuat kuasa pada 7 Julai 2008 menunjukkan komitmen negara untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU). Objektif akta ini yang mengiktiraf kepentingan kebolehcapaian OKU terhadap persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan budaya, kesihatan dan pendidikan serta maklumat dan komunikasi yang membolehkan mereka upaya mengambil bahagian secara penuh dan berkesan dalam masyarakat. Hak OKU tidak boleh dilihat secara berasingan dengan prinsip hak asasi manusia. Hak asasi manusia dalam perspektif yang lebih luas telah menjadi semakin penting dalam dunia hari ini. Akta ini telah berjaya menukar konsep kebajikan kepada konsep hak bagi golongan OKU di Malaysia. Walaupun akta ini boleh disifatkan sebagai menyokong hak OKU, akta tersebut masih lemah dari segi penguatkuasaannya, walaupun telah digubal 14 tahun yang lalu. Oleh itu, makalah ini akan mengkaji dan membincangkan secara kritis perkembangan perundangan mengenai golongan OKU di Malaysia. Perkara ini berdasarkan fakta bahawa undang-undang merupakan komponen penting dalam usaha merealisasikan hasrat untuk melihat golongan OKU dilayan secara adil seperti individu yang berkeupayaan. Konsep kesaksamaan ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana akta ini termaktub sebagai kebebasan asasi yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
scite is a Brooklyn-based organization that helps researchers better discover and understand research articles through Smart Citations–citations that display the context of the citation and describe whether the article provides supporting or contrasting evidence. scite is used by students and researchers from around the world and is funded in part by the National Science Foundation and the National Institute on Drug Abuse of the National Institutes of Health.
customersupport@researchsolutions.com
10624 S. Eastern Ave., Ste. A-614
Henderson, NV 89052, USA
This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.
Copyright © 2025 scite LLC. All rights reserved.
Made with 💙 for researchers
Part of the Research Solutions Family.