“…Dalam kemajuan teknologi yang berterusan, pasaran dunia kini menjadi lebih kompetitif dan harapan pengurusan terhadap kecekapan prestasi organisasi semakin meningkat (Faupel, 2020;McCray et al, 2021). Organisasi tidak akan dapat meningkatkan proses kerja secara teratur dan mengekalkan status quo dengan baik tanpa adanya daya usaha dari sumber manusia yang cekap dan berkesan dalam menerajui perubahan inovatif demi mengejar dan mengekalkan kualiti perniagaan dalam pasaran ekonomi global (Kaizer et al, 2020;Faupel, 2020;McCray et al, 2021). Program latihan merupakan satu intervensi dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang sangat penting dan ia dirangka bagi memberikan pendedahan terhadap para pekerja di pelbagai peringkat kumpulan perkhidmatan dengan maklumat penting, pengetahuan terkini, kemahiran baharu, dan membina tingkah laku proaktif bagi membantu meningkatkan produktiviti yang maksimum yang berkait dengan keperluan dan kehendak tugas semasa (Lin et al, 2015;Kaizer et al, 2020;Jehanzab & Ahmad Bashir, 2013;Jehanzab, 2020;Curado & Sousa, 2021).…”