“…Pencapaian dalam topik Ungkapan Algebra adalah bergantung kepada pengetahuan dan kefahaman konseptual dan prosedural seseorang pelajar (Adeleke, 2007;Joffrion, 2005). Kesukaran pelajar dari segi konseptual iaitu kesukaran dalam menentukan dan memberi makna pemboleh ubah, penggunaan huruf dan simbol sebagai pemboleh ubah (Booth,1981;Lodholz, 1999;Lucariello et al, 2013;Mcintyre, 2007), pekali dan pemalar (Booth, 1988), memahami Ungkapan Algebra (Egodawatte, 2011;Ling et al, 2016;Marpa, 2019), memahami istilah abstrak dan memanipulasi simbol dan nombor (Kuchemann,1981;MacGregor & Stacey, 1997;Sangit, 2007). Manakala kesukaran yang dialami dari segi prosedur adalah penerapan konsep, peraturan dan prinsip aritmetik dan operasinya (Herscovics & Linchevscki, 1994;Warren, 2003), operasi asas dalam tajuk nombor negatif (Khamsan Omar, 1999;Yusoff & Ainun, 2019), melaksanakan penambahan dan penolakan Ungkapan Algebra, penerapan konsep pendaraban dan pembahagian Ungkapan Algebra, mempermudah Ungkapan Algebra, kembangan, pemfaktoran, dan penyelesaian masalah berayat (Marpa 2019;Radah Krishna, 2015;Sangit, 2007;Sugiarti & Retnawati 2019;Yusoff & Ainun, 2019).…”