Nowadays, in-migration is one of the important phenomena that affects urbanisation and development in the destination area. Indirectly, it will cause the rapid growth of the population, leads to overcrowding, competition for jobs, unemployment, poverty and the formation of new towns in the destination area especially urban areas. However, for rural destination areas, in-migration of professionals is important to stimulate economic growth. Hence, the objective of this study is to forecast and analyze the effect of macroeconomic variables on in-migration into developed states in Malaysia. Using the annual time series data from 1980 to 2012, Autoregression Distributed Lag (ARDL) and Grangercausality test were conducted. The findings have found that long run and short run relationships exist between inmigration and macroeconomic factors for developed states. The forecasting until year 2020 expects that in-migration will increase in Perak and Penang. Investment factors that are concentrated in the developed states also affect the population's decision to migrate especially in Kuala Lumpur and Selangor. To promote the economic growth, foreign direct investment and domestic investment for development sector should be intensified to improve household incomes in the region. Besides, Perak and Selangor need to improve the existing policies to ensure that there is an increase in foreign direct investment and domestic investment. ABSTRAK Pada masa ini, migrasi masuk merupakan satu fenomena penting yang mempengaruhi urbanisasi serta pembangunan di kawasan destinasi. Secara tidak langsung, ia akan menyebabkan berlakunya kepesatan penduduk, kepadatan penduduk, persaingan mendapatkan pekerjaan, pengangguran, kemiskinan serta pembentukan bandar-bandar baru di kawasan destinasi khususnya kawasan bandar. Namun, bagi kawasan destinasi luar bandar, migrasi masuk golongan profesional penting untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk membuat unjuran serta menganalisis hubungan yang wujud di antara faktor penentu makroekonomi dengan migrasi masuk ke negeri maju di Malaysia. Dengan menggunakan data siri masa tahunan dari tahun 1980 hingga 2012, ujian Autoregresi Lat Tertabur (ARDL) dan ujian Sebab-akibat dijalankan. Hasil kajian mendapati wujud hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara pembolehubah migrasi masuk dengan pembolehubah makroekonomi bagi negeri-negeri maju ini. Hasil unjuran sehingga tahun 2020 menjangkakan bahawa migrasi masuk akan meningkat di Perak dan Pulau Pinang. Faktor pelaburan yang tidak sekata dan tertumpu di kawasan maju antara faktor yang mempengaruhi keputusan penduduk untuk berhijrah, terutama ke Kuala Lumpur dan Selangor. Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, pelaburan asing dan pelaburan domestik untuk sektor pembangunan perlu dipergiatkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah. Selain itu, Perak dan Selangor perlu memperbaiki dasar sedia ada untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing dan pelaburan domestik.