Abstrak: Kawasan perumahan yang diduduki di Puchong, Selangor telah terjejas teruk oleh geobencana berganda iaitu hakisan sub-permukaan, pemendapan tanah dan kegagalan cerun tambakan. Kejadian geobencana berganda ini mula disedari penduduk apabila dinding penahan dan jalan raya di atasnya yang disempadani benteng cerun sebelah hujung selatan, telah runtuh pada Mei 2011. Tembok penahan dan jalan yang runtuh berkaitan telah dibaik-pulih dan digunakan semula sekitar Ogos-September 2011. Walau bagaimanapun, pergerakan tanah (menegak dan mendatar) masih terus berlaku. Retakan tegangan baharu mula muncul di kaki lima jalan raya dan merebak secara meluas hingga ke dalam rumah-rumah dan struktur tegar yang lain. Tanda-tanda tegasan lain, seperti pemendapan permukaan jalan, tiang lampu condong, kolam ikan bocor dan pembentukan retakan pada dinding semakin bertambah dari semasa ke semasa. Kajian geologi dan kajian geofizik telah dijalankan pada bulan Februari 2012 atas permintaan persatuan penduduk. Pemetaan lapangan melibatkan cerapan di permukaan dan tertumpu kepada pemetaan tanda-tanda pergerakan dan kerosakankerosakan lain. Berdasarkan maklumat literatur dan cerapan lapangan, geologi bahan tambakan yang digunakan terdiri daripada campuran tanah dan bongkah/blok batuan pelbagai saiz dan bentuk yang menyerupai Formasi Kenny Hill, seperti kuarzit, meta-batupasir, filit dan meta-batu lumpur. Kajian keberintangan elektrik juga dijalankan di kawasan perumahan.Tafsiran imej satelit Google Earthtelah dijalankan untuk mengesan perubahan geomorfologi dan topografi sepanjang kerja penyediaan dan pembinaan tapak perumahan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kawasan perumahan tersebut dibina di atas sebuah lembah yang ditambak dan menutupi dua alur sungai. Kewujudan alur sungai bawah tanah digambarkan dalam keratan pseudo-seksyen keberintangan elektrik. Kesimpulannya, kejadian geobencana berganda di kawasan perumahan ini adalah berpunca daripada kesilapan dan kejahilan manusia. Platform stabil dan rata untuk kawasan perumahan atau sebarang struktur kejuruteraan kekal yang lain, tidak boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya dengan hanya melambakkan batuan dan bahan bumi untuk menutupi sesebuah lembah yang bersungai. Aliran sungai semula jadi sepatutnya dialihkan dengan betul atau disediakan dengan sistem saliran sub-permukaan sebelum kerja-kerja tambakan untuk mengelakkan risiko geobencana yang tidak diingini. Kajian kes ini memberikan satu pengajaran yang berharga bahawa pengetahuan asas geologi amat penting apabila bekerja melibatkan bahan bumi air, batu dan tanah.
Kata kunci: Geobencana berganda, hakisan sub permukaan, tanah mendap, kegagalan cerunAbstract: A residential area in Puchong Selangor has been badly affected by multiple geohazards, i.e. sub-surface erosion, ground settlement and embankment slope failure. The multiple geohazards incident was first noticed by the residents when the retaining wall and the associated road which bordered the southern end of the area had collapsed in May 2011. The collapsed retaining wall and...