Pembangunan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui aspek mekanikal yang ditentukan oleh kemampuan membina bangunan pencakar langit semata-mata, tetapi juga aspek organik yang dilambangkan melalui sikap, literasi dan kefahaman masyarakatnya terhadap setiap isu yang dihadapi. Oleh itu, hasrat Malaysia untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 yang tampaknnya terpaksa ditunda tidak hanya ditandai dengan berdirinya bangunan-bangunan raksasa tadi, malahan juga keberadaan masyarakat yang dibentuk untuk berfikiran kritis. Usaha tersebut yang merupakan matlamat tanpa akhir Malaysia sehingga kini dianggap sebagai 'duri dalam daging' kerana sistem berfikir masyarakatnya lebih banyak ditentukan oleh unsur 'perasaan' berbanding 'rasional'. Perkara ini akhirnya menjadi perdebatan dalam kalangan saintis sosial tentang pengaruhnya dalam menentukan arah perjalanan Malaysia pada masa hadapan khususnya pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan. Bersandarkan kepercayaan bahawa 'rakyat adalah raja', maka sekali lagi persoalan tersebut berusaha difahami dengan melihat pengaruh sentimen primodial dan kesedaran politik dalam membentuk pola sokongan masyarakat khususnya di negeri Sabah yang dianggap sebagai fixed deposit Barisan Nasional (BN). Usaha ini direalisasikan dengan mengedarkan sebanyak lapan ribu borang soal selidik mencakupi kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar bagi mendapatkan gambaran orientasi geopolitik bersifat keetnikan kerana merangkumi kawasan bumiputera dan bukan bumiputera serta merentasi batas agama. Hasil dapatan kajian mendapati pengaruh sentimen primodial semakin terhakis sifatnya dalam menentukan pola pengundian menjelang PRU-14, sedangkan persoalan kesedaran politik pula semakin mendapat tempat yang sepatutnya disebabkan proses globalisasi, kemajuan teknologi dan pengantian generasi.
Abstract
The development of a nation is not only measured by the mechanical aspect that determined by the ability to build the skyscrapers alone, furthermore, but the organic aspects are also symbolized through attitudes, literacy and understanding of an issue. Therefore, Malaysia's aspiration to achieve a developed nation by the year 2020, seems to have been postponed regardless of a marked by the exists of these 'giant' buildings, instead of the existing critical thinking of the community. The endeavour, which is Malaysia's endless goal, is now regarded as 'thorn in meat' because the way of thinking among the society is determined by the 'feeling' rather than a 'rational' approach. This is ultimately a debate among social scientists toward an influence of the future direction of Malaysia's vision especially every general election is held. The belief that ‘the people are the kings', once again raised an issue of understanding and influences about the primordial sentiment and political awareness to form a pattern for supporting community especially for the state of Sabah which is considered a fixed deposit of the Barisan Nasional. To conceptualization the issues, an effort has been taken by distributing a total of eight thousand questionnaires that included rural and urban areas, in order to see the geopolitical orientation of ethnicity as it encompasses indigenous and Non-Bumiputera areas, as well as across religious boundaries. The findings of this research show that the influence of the 'primordial sentiment' has been eroded in determining the pattern of polling in the GE-14, whereas the 'political awareness' group were increasingly accepted due to the process of globalization, the advanced of technology and the new generation.